
بيلا كراجأن تردسق، نور هشام دكامبيڠ هيتمكن
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Azmin Ali menggesa Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham untuk berundur susulan lonjakan kes Covid-19 yang makin menggila.
Namun, permintaan ini pelik, memandangkan segala keputusan yang dibuat dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 bukannya dibuat oleh Noor Hisham, tetapi Majlis Keselamatan Negara dan kerajaan Malaysia.
Azmin perlu memikul tanggungjawab atas kegagalan kerajaan, dan begitu juga Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, ‘Menteri Vaksin’, Khairy Jamaluddin, dan Perdana Menteri merangkap pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mereka inilah yang terlibat secara langsung dalam segala keputusan kerajaan yang menjurus kepada kegagalan “Total Lockdown” di bawah “Pelan Pemulihan Negara.”
Malah, sudah ada petisyen yang mendesak agar Azmin berundur, dan petisyen ini sudahpun meraih lebih 200,000 tandatangan.
PETALING JAYA: Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Azmin Ali menggesa Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham untuk berundur susulan lonjakan kes Covid-19 yang makin menggila.
Namun, permintaan ini pelik, memandangkan segala keputusan yang dibuat dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 bukannya dibuat oleh Noor Hisham, tetapi Majlis Keselamatan Negara dan kerajaan Malaysia.
Sebenarnya, bukan hanya Setiausaha Akhbar Azmin membuat desakan ini, laskar-laskar siber dan blogger-blogger ‘pro-Muhyiddin’ dan ‘pro-Azmin’ sudah mula menyerang Noor Hisham dengan pelbagai teori konspirasi yang tidak masuk akal.
Jika ada sesiapa yang perlu letak jawatan, ia seharusnya Azmin sendiri kerana membenarkan beratus ribu syarikat beroperasi sepanjang tempoh “Total Lockdown” di bawah “Pelan Pemulihan Negara” fasa satu.
Tindakan ini menyebabkan jumlah kes harian melonjak naik ke paras 11,079 pada hari pertama, minggu ke-tujuh Pelan Pemulihan Negara, jauh melangkaui angka yang direkodkan pada hari pertama Total Lockdown.
Azmin mengharapkan angka Covid-19 menurun secara ‘ajaib’ menerusi perlaksanaan Total Lockdown, walhal, bukan hanya Lockdown yang dilaksanakan terbukti gagal, angka Covid-19 akan terus melonjak naik sebaik sahaja rakyat dibenarkan bergerak bebas.
Sebaliknya, kerajaan perlu mempertingkatkan kadar pemberian vaksin dan menghentikan monopoli pembelian dan pemberian vaksin dengan melibatkan lebih banyak kementerian dan farmasi berdaftar bagi tujuan ini.
Selagi kadar pemberian vaksin tidak ditingkatkan dan selagi kerajaan tidak menutup penuh sektor ekonomi bagi tempoh dua hingga empat minggu, tidak ada sebarang bentuk kekangan pergerakan yang mampu menangani penularan wabak Covid-19.
Ini terbukti apabila sistem kesihatan lumpuh di beberapa kawasan di sekitar Lembah Kelang dan dijangka lumpuh sepenuhnya di seluruh negara dalam masa terdekat biarpun Perintah Kawalan Pergerakan yang diperkenalkan kini sudah berjalan hampir setahun setengah.
Kerajaan perlu akur bahawa usaha membendung penularan wabak Covid-19 di bawah pentadbirannya telah gagal sepenuhnya.
Azmin perlu memikul tanggungjawab atas kegagalan ini, dan begitu juga Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, ‘Menteri Vaksin’, Khairy Jamaluddin, dan Perdana Menteri merangkap pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mereka inilah yang terlibat secara langsung dalam segala keputusan kerajaan yang menjurus kepada kegagalan “Total Lockdown” di bawah “Pelan Pemulihan Negara.”
Malah, sudah ada petisyen yang mendesak agar Azmin berundur, dan petisyen ini sudahpun meraih lebih 200,000 tandatangan.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
