
ازيايز كسل اد ڤيهق دعوا بلياو براڬام هيندو سبلوم ڤلوق اسلام
Sebuah portal online melaporkan bahawa ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, kecewa dengan tuduhan bahawa dirinya adalah penganut agama Hindu sebelum memeluk Islam.
Menurut portal berkenaan, Azeez mendakwa, tuduhan itu merupakan “fitnah jahat” dengan niat menghina selain menjatuhkan maruah beliau.
Abdul Azeez sebelum ini mendakwa bahawa ada pihak cuba menyebarkan fitnah kononnya dirinya dilahirkan sebagai bukan Islam.
Abdul Azeez juga dikatakan memiliki nama berbeza pada kad pengenalan asal sebelum ditukar kepada namanya terkini.
PETALING JAYA: Sebuah portal online (rujuk gambar di bawah) melaporkan bahawa ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, sebagai berkata, kecewa dengan tuduhan bahawa dirinya adalah penganut agama Hindu sebelum memeluk Islam.
Menurut portal berkenaan (Projek MN), Azeez mendakwa, tuduhan itu merupakan “fitnah jahat” dengan niat menghina selain menjatuhkan maruah beliau.
“Kepada mereka yang menfitnah saya sehingga sebegini rupa, hentikanlah…jangan terlalu menghina dan mengeji,” Azeez menulis dalam Instagram.
Bersambung di bawah…
Abdul Azeez sebelum ini mendakwa bahawa ada pihak cuba menyebarkan fitnah kononnya dirinya dilahirkan sebagai bukan Islam.
Abdul Azeez juga dikatakan memiliki nama berbeza pada kad pengenalan asal sebelum ditukar kepada namanya terkini.
Beliau mendoakan agar pihak terlibat dengan fitnah itu segera bertaubat dan diberikan hidayah.
“Saya doakan kepada sesiapa yang menfitnah saya sehingga tergamak mengubah nama dan agama saya diberikan hidayah oleh Allah SWT,” katanya lagi.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
