Azam Baki harus jawab pertanyaan Tun Mahathir

TONTON JUGA: AZAM BAKI TAK BERANI JAWAB TUN M DAN ANAK TUN?

Berikut merupakan penulisan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad:


𝐀𝐏𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇

Mahathir Mohamad

1. Kata 𝐼𝑛𝑠𝑝𝑒𝑐𝑡𝑜𝑟-𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑙 𝑜𝑓 𝑃𝑜𝑙𝑖𝑐𝑒 (IGP) saya tidak dilayan sebagai penjenayah.

2. Tetapi notis kepada anak saya, Mirzan menyebut bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati “bahawa satu kesalahan dibawah Seksyen 23 Akta ini berkaitan nombor aduan IPJ/RPTNO/0477/2023 telah dilakukan oleh Mahathir bin Mohamad, nombor Kad Pengenalan 251220-02-5151.”




3. Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat. Tetapi notis SPRM menyatakan saya melaku kesalahan.

4. Dakwaan telah dibuat oleh Anwar Ibrahim bahawa saya memiliki berbillion Ringgit.

5. Saya sendiri tidak tahu saya memiliki berbillion Ringgit.

6. Oleh itu saya telah saman Anwar Ibrahim supaya menunjuk bukti yang saya memiliki berbillion Ringgit.

7. Saman dibuat lebih satu tahun dahulu. Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti saya memiliki berbillion Ringgit.

8. Ini bermakna hingga sekarang saya belum didapati bersalah. Jika SPRM ada bukti tunjuklah.

9. Berkenaan dengan 𝑠𝑡𝑎𝑡𝑢𝑡𝑜𝑟𝑦 𝑑𝑒𝑐𝑙𝑎𝑟𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 oleh Dato Murad, walaupun Anwar tidak didapati bersalah, kenapa 𝑠𝑡𝑎𝑡𝑢𝑡𝑜𝑟𝑦 𝑑𝑒𝑐𝑙𝑎𝑟𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 Dato Murad tidak ditarik balik. Apakah isteri dan anak-anak Anwar diarah menjelaskan semua harta mereka.

Loading...

10. Demikian juga dengan kes Azam Baki. Kenapa adiknya tidak disiasat rapi seperti yang berlaku terhadap anak saya.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...