“Setahu saya, belum ada mesyuarat MKT yang membuat keputusan berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri, jauh sekali memberi arahan agar ahli-ahli parlimen UMNO menolak jawatan itu. Sama juga halnya dengan isu “penarikan sokongan UMNO terhadap kerajaan”
Raggie Jessy Rithaudeen
أشرف بوات لاوق ك، بيلا ڤولاق مقت ڤوتوسكن تق تريما جاوتن تيمبالن ڤردان منتري؟
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Ura-ura Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengenepikan terus Datuk Seri Azmin Ali dan melantik Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri sudah berlegar-legar di media sscial sejak awal pagi ini.
Kemudian, entah dari mana, Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Asyraf Wajdi Dusuki tiba-tiba meluru keluar dengan kuasa kelajuan “Flash” 3,600 km/j sambil mendakwa, Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO telah memutuskan untuk tidak menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Di sini saya hendak bertanya, sejak bila MKT buat keputusan itu?
BACA JUGA: JANGAN TERTIPU DENGAN MUSLIHAT ZAHID
Setahu saya, belum ada sebarang mesyuarat MKT yang membuat keputusan berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri, jauh sekali memberi arahan agar ahli-ahli parlimen UMNO menolak jawatan itu.
Sama juga halnya dengan isu “penarikan sokongan UMNO terhadap kerajaan.”
Menurut laporan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikatakan telah telah menyembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong keputusan MKT (bertarikh 25 April 2021) untuk menarik sokongan kepada kerajaan pada 1hb Ogos (bila tamat Darurat) atau lebih awal.
Namun hakikatnya, MKT tidak membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan UMNO dalam kerajaan, jauh sekali menetapkan tarikh UMNO perlu menarik sokongan terhadap kerajaan.
Asyraf tengah mimpi ke?
Atau dah mabuk ketum?
WAJIB BACA:
Gelagat kepimpinan UMNO bukti Majlis Pemulihan Negara diperlukan segera
