APANDI ALI TIDAK LAYAK KETUAI PASUKAN PETUGAS KHAS SEMAK ISU PULAU BATU PUTEH

Khairuddin Abu Hassan

اڤندي علي تيدق لايق كتواي ڤاسوكن ڤتوڬس خاص سيمق ايسو ڤولاو باتو ڤوته

Apandi Ali adalah seorang bekas peguam negara yang haprak dan tidak layak sama sekali untuk dilantik mengetuai sebuah pasukan petugas khas bagi menyemak semula tindakan dan isu perundangan berkenaan kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah serta Tubir selatan.

Hanya kes curi ayam di kampung saja yang layak disiasat oleh Apandi Ali!! Beliau tidak mempunyai kebolehan sama sekali!!




Mana boleh sesuatu kes bertaraf dunia hendak diketuai oleh Apandi Ali bagi mengendalikannya?

Dulu ketika menjawat jawatan Peguam Negara; Apandi Ali kata Najib Tun Razak tidak bersalah serta tuduhan keatas skandal kewangan terbesar di alaf ini tidak berasas.

Lihatlah kebodohan dan betapa dungunya Apandi Ali!!

Saya pernah terbang ke Singapura, Hong Kong, Switzerland, Peranchis, United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk buat laporan salah laku Najib Tun Razak mengenai skandal kewangan terbesar 1MDB kerana setiap laporan yang saya buat di SPRM dan PDRM tidak berjalan sama sekali.

Akhirnya, terbukti secara sahih kerajaan Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura telah berjaya mengumpulkan pelbagai bukti salah laku Najib Tun Razak yang merompak serta mencuri khazanah kerajaan mahupun duit rakyat.

Malangnya, Apandi Ali masih berdegil tidak mahu terima kenyataan dan tetap menyatakan kes skandal 1MDB itu tiada asas kebenarannya.

Satu dunia berjaya mengumpul bukti-bukti salah laku kes skandal 1MDB tetapi malangnya Apandi Ali tetap membela serta mempertahankan Najib Tun Razak dari dikenakan tindakan undang-undang pada waktu itu.

Loading...

Moralnya di sini, bolehkah dan mampukah Apandi Ali hendak mengendalikan kes-kes bertaraf dunia yang sofistikated seperti isu Batu Puteh?!

Beliau tidak layak sama sekali dan Apandi Ali akan bersikap berat sebelah untuk mempertahankan pendirian kerajaan masakini seterusnya mencipta alasan bagi menyalahkan tun dr mahathir mohamad.

Mengapa pihak kerajaan tidak melantik tokoh-tokoh personaliti  serta pakar-pakar yang benar-benar bebas bagi mengetuai pasukan petugas khas bagi membuat kajian menyeluruh mengenai semakan semula undang-undang berkaitan kes Pedra Blanca atau Batu Puteh?!

Namun, keseluruhan rakyat Malaysia sedang tertunggu-tunggu untuk melihat penyudah keatas kes Batu Puteh yang bakal diketuai oleh Apandi Ali.

Ini juga merupakan satu lagi ‘lelucon’ yang amat menggelikan kesuluruhan rakyat di tanahair kita.

WAJIB BACA:

Muhyiddin lupa peristiwa ‘bersejarah’ menteri Perikatan Nasional menipu parlimen, rakyat

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...