Khairuddin Abu Hassan
اڤندي علي بنتو كراجأن قليڤتوكراسي ڤرتاهن سالهلاكو كيس سكندل 1مدب
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Apandi Ali adalah mantan Peguam Negara yang paling haprak dan senantiasa menjadi ‘baruah’ pada kerajaan kleptokrasi untuk mempertahankan segala salahlaku kes skandal 1MDB.
Pada tahun 2015 dan 2016 saya telah membuat beberapa laporan pada Peguam Negara mengenai penyelewengan dana syarikat 1MDB tetapi mantan Peguam Negara yang ‘haprak’ inilah cuba mempertahankan serta ‘cover up’ segala salahlaku kes skandal kewangan yang terbesar di alaf ini.
Mantan Peguam Negara ini senantiasa menafikan penyelewengan dana syarikat 1MDB oleh pemimpin-pemimpin kleptokrats pada waktu itu.
Malahan, bila saya buat laporan-laporan di luar negara pada pihak penguatkuasa undang-undang di Singapura, Hong Kong, Peranchis, Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat, Polis Antarabangsa (INTERPOL) dan FBI di New York terus ditangkap serta didakwa di bawah Akta SOSMA kononnya atas kesalahan cuba sabotaj sistem perbankan negara.
Penyangak dan pencuri dipertahankan oleh Apandi Ali tetapi saya yang ikhlas untuk melawan penyelewengan dana syarikat 1MDB ditangkap seterusnya disumbat ke dalam lokap serta penjara.
Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab saya wajib lawan kes skandal 1MDB demi untuk selamatkan dana kerajaan mahupun wang rakyat di waktu itu.
Saya dikurung di lokap Ibu Pejabat PDRM Dang Wangi selama 2 minggu serta dimasukkan ke dalam Penjara Sg Buloh selama 2 bulan.
Pada waktu itu Apandi Ali tidak mahu bertindak langsung di atas segala laporan-laporan saya pada pejabat Peguam Negara.
Pejabat Peguam Negara juga tidak pernah ‘response’ terhadap semua surat menyurat saya kepada mereka.
Bagi saya Apandi Ali seorang yang tidak amanah dan tidak melaksanakan tanggungjawab secara adil, saksama mahupun professional.
Dulu Apandi Ali menafikan ujudnya sebarang salahlaku dalam kes skandal 1MDB tetapi bagaimana pula dengan pendiriannya kini?
Adakah Apandi Ali masih boleh menafikan tiada sebarang unsur salahlaku ataupun penyelewengan dalam kes skandal 1MDB?
Saya masih ingat pada tahun 2016 khususnya Apandi Ali enggan memberi kerjasama pada Peguam Negara Switzerland mengenai fakta-fakta penyelewengan dana syarikat 1MDB.
Sesungguhnya, adalah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa Apandi Ali ini adalah salah seorang ‘Pengkhianat’ yang bersubahat untuk menutupi segala penyelewengan kes skandal 1MDB pada tempoh tersebut.
Dalam masa yang sama ‘Apandi Ali can strip naked and go fly kites!!’
