APAD mengantikan SPAD

PUTRAJAYA: Sebuah entiti baharu yang dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan diwujudkan bagi menggantikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).




Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah tersebut merupakan antara pelan penstrukturan semula suruhanjaya tersebut bagi mengurangkan kos dan memastikan tiada pertindihan tugas dengan jabatan lain terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Dari segi penguatkuasaan serta pengeluaran lesen dan permit akan dikendalikan oleh JPJ sepenuhnya, selepas pelaksanaan penstrukturan semula ini tiada lagi kaunter berasingan hanya ada satu kaunter iaitu kaunter JPJ di semua tempat.

“Peranan SPAD pula dari segi perancangan dan pembangunan sektor awam darat akan dikekalkan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Anthony, fungsi APAD ialah merancang dan melihat pada sektor pembangunan awam darat seperti perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), rel, bas dan sebagainya.

Sumber: Utusan Malaysia



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...