TONTON JUGA: Maklumat sumber ‘penjejakan kapal’ rasmi bercanggah dengan penafian PMX
Anwar Ibrahim bakal berucap pada sebuah forum tahunan anjuran Bloomberg, agensi berita kewangan berpangkalan di Amerika Syarikat yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas laporannya mendakwa perdana menteri mengadakan perbincangan membina kasino kedua di Malaysia, disusuli beberapa penangkapan dan soal siasat terhadap wartawan.
Forum Ekonomi Qatar tajaan Bloomberg yang akan diadakan dari 14 hingga 16 Mei di Doha itu menyenaraikan Anwar sebagai salah satu ketua kerajaan yang akan menyampaikan ucapan.
Kehadiran Anwar di forum dikaitkan dengan Bloomberg berkemungkinan menimbulkan persoalan daripada pengkritik yang menggesa beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran berita kewangan itu untuk membersihkan namanya berhubung laporan bulan lepas.
Dalam laporannya, Bloomberg mendakwa Anwar bertemu dengan ahli perniagaan Vincent Tan dari Berjaya dan Lim Kok Thay dari Genting, serta wakil Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, untuk membincangkan sebuah cadangan membuka kasino di Forest City, Johor.
Sebenarnya, pengendalian “laporan Bloomberg” oleh Kerajaan Malaysia dan pihak-pihak yang dinamakan, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan kegagalan strategi yang luarbiasa besar dan satu “publicity failure” (kegagalan publisiti).
Portal Malaysianow menulis:

“Anwar, pegawai kanan kerajaan dan beberapa ahli perniagaan mengadakan mesyuarat makan tengah hari mengenai kemungkinan meluluskan lesen untuk kasino kedua Malaysia,” kata laporan itu, yang menyifatkan perbincangan itu masih pada “peringkat awal”.
Ketika ditanya pemberita, Anwar berkata laporan itu satu pembohongan, tetapi tidak menyatakan sama ada akan menuntut syarikat media berpangkalan di AS itu menarik balik laporan tersebut.
Sebaliknya, Anwar menyeru semua pihak yang dinamakan dalam artikel itu untuk “mengambil tindakan yang perlu”.
Setakat ini, Bloomberg belum memadam atau menarik balik artikelnya.
Sebenarnya, pengendalian “laporan Bloomberg” oleh Kerajaan Malaysia dan pihak-pihak yang dinamakan, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan kegagalan strategi yang luarbiasa besar dan satu “publicity failure” (kegagalan publisiti).
Laporan Bloomberg terang-terang mencemar maruah Institusi Yang Di-Pertuan Agong dan Institusi Perdana Menteri, dan sepatutnya, kerajaan Malaysia mengadakan mesyuarat tergempar awal-awal lagi untuk membincangan isi ini.
Namun, bukan hanya kerajaan bersikap ‘sambil lewa’, tidak ada sesiapa menyajikan kepada rakyat angkah-langkah yang telah, sedang atau mungkin diambil.
Ini termasuklah persoalan yang cukup mudah dan ditanya-tanya oleh semua pihak, iaitu samada kerajaan telah meminta Bloomberg untuk menarik balik laporan “Kasino” dan memberi penjelasan atau membuat permohonan maaf.
Seperti yang dilaporkan Malaysianow, setakat ini, Bloomberg belum memadam atau menarik balik artikelnya.
Pada 29 April lalu, Fahmi Fadzil memberitahu bahawa Kerajaan akan membincangkan tindakan terhadap Bloomberg dalam mesyuarat Kabinet keesokan hari.
Sejurus selepas kenyataan itu dikeluarkan, saya menyeru kepada kerajaan agar keputusan Kabinet dan langkah-langkah yang akan diambil diumumkan kepada rakyat untuk menangkis spekulasi, antara lain.
Malangnya, tidak ada sebarang pengumuman seumpama itu dibuat hingga ke hari ini, dan tidak ada tanda-tanda Anwar mahupun Kerajaan Malaysia bakal bertindak terhadap Bloomberg.
RAGGIE JESSY RITHAUDEEN