Anwar terlanjur cakap, Wan Saiful sudah lepas semua jawatan – Zahid bila lagi?

“Wan Saiful sudah melepaskan semua jawatannya dalam parti. Adakah Zahid akan mengikuti jejak Wan Saiful selepas ini dan melepaskan jawatannya sebagai presiden UMNO dan Timaban Perdana Menteri?”

Raggie Jessy Rithaudeen

انور ترلنجور چاكڤ، وان صيفول سوده لڤس سموا جاوتن – زاهيد بيلا لاڬي؟

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Datuk Wan Saiful Wan Jan dilaporkan telah melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sehari selepas didakwa di mahkamah.

Menurut Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu, hasratnya telah dimaklumkan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.




TONTON: PH, BN JAJA NAMA AGONG, KELIRUKAN RAKYAT

“Berikutan pendakwaan bermotifkan politik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), saya mengambil keputusan untuk memohon Presiden dan seluruh Majlis Pimpinan Tertinggi membuat keputusan mengenai kedudukan saya sebagai Ketua Penerangan.

“Saya telah mencadangkan supaya jawatan ini digantikan oleh individu lain dalam parti. Ramai tokoh yang layak dan mampu menggalas tanggungjawab.

“Keputusan yang diambil ini sesuai dengan prinsip integriti dan perjuangan yang dijunjung selama ini. Tindakan ini juga membezakan saya dengan kluster mahkamah yang bermaharajalela dalam kerajaan PH dan BN hari ini,” katanya.

Persoalannya, bilakah presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dijadualkan melepaskan jawatan?

Zahid sedang membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah, membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah berkait RM31 juta dana Yayasan Akalbudi, lapan pertuduhan rasuah melibatkan RM21.25 juta, dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM72 juta milik Yayasan Akalbudi.

Pertuduhan pertama (lapan kes rasuah, 10 kes pecah amanah, 27 kes gubahan wang haram) dibuat pada 19 Oktober 2018, diikuti pertuduhan kedua (satu kes pecah amanah) pada 14 Disember 2018 dan pertuduhan ketiga (satu kes pecah amanah) pada 20 Febuari 2019.

Kini sudah masuk 23 Febuari 2023, namun bukan hanya Zahid kekal sebagai presiden UMNO, beliau dinaikkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Loading...

Persoalannya, adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meminta Zahid melepaskan jawatan?

Isnin lalu, iaitu pada hari yang sama Wan Saiful didakwa di mahkamah, Anwar dengan megah berdiri di parlimen dan mempertahankan pelantikan Zahid sambil membandingkan kes Zahid dengan kes Wan Saiful.

“…ada seorang ahli parlimen yang didakwa di mahkamah hari ini.

“Adakah individu itu juga perlu meletakkan semua jawatan?

“Sudah tentu jawapannya tidak,” kata Anwar.

Saya yakin satu Malaysia dapat melihat dengan begitu jelas betapa dangkalnya perbandingan Anwar ini.

Jawatan Wan Saiful adalah jawatan dalam parti, manakala jawatan Zahid yang menjadi pertikaian umum adalah jawatan dalam kerajaan.

Kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyat, dan duit yang digunakan untuk membayar gaji Zahid dan membiayai urusan rasmi Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah duit rakyat.

Apakah rakyat selesa membayar gaji dan membiayai perbelanjaan urusan rasmi seorang tertuduh jenayah?

Daripada 30 ahli parlimen Barisan Nasional yang bersama Anwar dalam blok kerajaan, hanya Zahid seorang menghadapi pertuduhan jenayah.

UMNO pula menjadikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai “poster boy” parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15, dan berjanji untuk mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional menang.

Namun, tidak ada parti yang menang Pilihan Raya Umum ke-15, dan Yang di-Pertuan Agong memutuskan untuk melantik Perdana Menteri berdasarkan parti yang memperolehi jumlah kerusi terbanyak.

Ini memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, dan demi menjamin sokongan Barisan Nasional terhadapnya, Anwar melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari gabungan itu.

Persoalannya, kenapakah Anwar memilih Zahid, sedangkan UMNO dari awal lagi berhajat untuk menjadikan Ismail Sabri Perdana Menteri?

Bukankah Zahid harus memberi laluan kepada Ismail Sabri untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri?

Apa pun, Wan Saiful sudah melepaskan semua jawatannya dalam parti.

Adakah Zahid akan mengikuti jejak Wan Saiful selepas ini dan melepaskan jawatannya sebagai presiden UMNO dan Timaban Perdana Menteri?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...