Anwar terjerat. Game over

Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber (gambar): Fail TTF

“Anwar sememangnya berjaya menjerat dirinya sendiri kerana apa yang dirancangnya akan menjurus kepada apa yang cuba dielakkannya. Yakininlah, bahawa Anwar begitu terdesak untuk menjadi Perdana Menteri hingga sanggup melakukan perkara aneh yang tidak masuk akal dan memakan diri sendiri”

Raggie Jessy Rithaudeen

Datuk Seri Anwar Ibrahim sah terjerat.

Keterdesakan beliau untuk menjadi Perdana Menteri telah mendorongnya melakukan satu perkara yang amat aneh, iaitu menyenaraikan nama sekumpulan ahli parlimen yang kononnya menyokong beliau sebagai calon Perdana Menteri ke-9.

Percayalah, sokongan ini tidak wujud.




Ini disebabkan sekumpulan besar ahli parlimen yang didakwa menyokong Anwar (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Anyone But Anwar” atau “ABA”) bukan hanya menolak beliau, mereka ingin buktikan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dan tidak layak bergelar Perdana Menteri.

Perkara ini sebenarnya dapat disahkan dengan mudah jika Muhyiddin bersetuju memanggil sidang tergempar parlimen bagi membentangkan usul tidak percaya yang dikemukakan oleh Mahathir sebelum ini.

Tetapi Anwar takut.

Beliau begitu terdesak untuk menjadi Perdana Menteri hingga sanggup melakukan apa sahaja bagi mengelakkan sidang tergempar ini diadakan.

Anwar khuatir, Muhyiddin akan bertindak menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen seandainya usul tidak percaya ini membuktikan beliau tidak memiliki sokongan majoriti.

Sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 tercetus, impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri akan berkecai terus kerana Parti Pejuang Tanah Air dijangka akan memenangi banyak kerusi parlimen dan menjadi “king maker.”

Atas sebab inilah Anwar sanggup menimbulkan persepsi palsu kononnya beliau memiliki sokongan majoriti agar ahli-ahli parlimen yang tidak bersamanya terperdaya dan tampil ke hadapan untuk menyokongnya.

Loading...

Anwar berharap, Yang Di-Pertuan Agong akan bertindak menemuramah terus kesemua ahli parlimen tanpa perlu diadakan sidang tergempar.

ABA pula berharap Muhyiddin akan menjadi begitu tertekan hingga sanggup memanggil sidang tergempar bagi membentangkan usul tidak percaya terhadapnya.

Seandainya harapan Anwar bertukar menjadi kenyataan, beliau akan terlondeh terus apabila Baginda Tuanku mendapati kedua-dua Muhyiddin dan Anwar tidak memiliki sokongan majoriti.

Sebaliknya, jika harapan ABA menjadi kenyataan, satu Malaysia akan tahu bahawa Muhyiddin tidak memiliki sokongan majoriti dan tidak layak bergelar Perdana Menteri.

Dalam kedua-dua kes, Muhyiddin perlu samada meletakkan jawatan bersama seluruh anggota Jemaah Menteri atau menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.

Jika parlimen dibubarkan, Pilihan Raya Umum ke-15 akan tercetus dan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri akan terus tinggal impian.

Manakala itu, jika Muhyiddin meletakkan jawatan, Baginda Tuanku akan terpaksa melantik seorang Perdana Menteri baharu yang namanya sudah pasti bukan Anwar Ibrahim.

Ya, Anwar sememangnya menjerat dirinya sendiri kerana apa yang dirancangnya akan menjurus kepada apa yang cuba dielakkannya.

Yakininlah, Anwar begitu terdesak untuk menjadi Perdana Menteri hingga sanggup melakukan perkara yang tidak masuk akal dan memakan diri sendiri.

Atas keterdesakan inilah beliau mempercayai bahawa ahli-ahli parlimen kita begitu bodoh hingga sanggup terperangkap berulang kali dalam permainan persepsinya tidak kira berapa kali permainan itu dimainkan.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...