Anwar, tak payah kelentong UMNO setuju kerjasama PKR, cerita dulu rahsia pengunduran Xavier Jayakumar

Raggie Jessy Rithaudeen

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Semenjak Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar mengumumkan pengundurannya daripada PKR, pelbagai dakwaan yang bercanggah dibuat oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemungkinan PKR bekerjasama dengan UMNO.

Ahad lalu, Anwar memberi bayangan UMNO mungkin bekerjasama dengan PKR dan bersetuju menerima idealisme Pakatan Harapan dan mengesahkan wujud rundingan rasmi antara kedua-dua parti itu.




Ini sebenarnya satu pembohongan, kerana perbincangan tersebut bukannya perbincangan rasmi UMNO-PKR, tetapi perbincangan tidak rasmi Anwar bersama pucuk pimpinan kluster mahkamah UMNO yang makin ditolak majoriti pemimpin UMNO.

Anwar sendiri menghadapi tekanan dari majoriti pemimpin PKR, DAP dan AMANAH untuk menghentikan sandiwara kononnya Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan bekerjasama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Tiba-tiba, hari ini, Anwar menasihati akar umbi supaya tidak mengandaikan seolah-olah sudah terdapat persefahaman rasmi antara UMNO dan PKR.

Begitu juga halnya dengan Datuk Seri Saifuddin Nasution yang menafikan UMNO dan PKR telah berbincang ke tahap kerjasama dalam perbincangan yang diadakan baru-baru ini.

Apakah semua ini helah Anwar dan Saifuddin untuk mengalihkan perhatian umum daripada pengunduran Xavier daripada PKR?

Ahad lalu, saya mengetengahkan dua senario yang mungkin susulan dakwaan Saifuddin bahawa ada usaha terancang oleh pihak kerajaan untuk menarik sokongan ahli Parlimen pembangkang dengan cara umpan dan ugutan menggunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.

Senario pertama mengandaikan Xavier takut kerana bersalah dan memasuki perjanjian sulit dengan pihak yang mengugutnya untuk mengelakkan dirinya daripada disiasat dan didakwa, manakala senario kedua mengandaikan Xavier tidak bersalah dan hanya ditakut-takutkan dengan siasatan SPRM.

Loading...

Baca pendedahan penuh di sini:

Punishment after punishment after punishment for the already suffering rakyat

 

Saya menulis:

“Terdapat senario ketiga yang lebih mendalam membabitkan Xavier dan hubungan politik beliau bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tidak syak bahawa Anwar akan bersuara dalam masa terdekat, tetapi cuba perhatikan bagaimana beliau berdiam diri setakat ini dan mengarahkan Saifuddin untuk membuat kenyataan rasmi.

“Cuba teka kenapa…”

Ya, Anwar, cuba cerita sebab sebenar Xavier keluar daripada PKR dan kenapa awak masih belum keluarkan kenyataan rasmi sehingga hari ini…

WAJIB BACA:

Terdesak, Muhyiddin mungkin masuk perjanjian dengan Anwar Ibrahim

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...