Anwar perlu jawab segala kemusykilan berkait kediamannya di Sungai Long

Berikut merupakan kenyataan rasmi saya bertarikh 17 Julai 2023 yang masih belum terjawab:


BIAR SAYA JELASKAN KEMUSYKILAN SAYA BERHUBUNG ISU RUMAH ANWAR

Raggie Jessy Rithaudeen

Pajakan tanah tidak semestinya bermakna numah yang berada di atas lot pajakan itu turut dipajak.




Boleh ada situasi di mana rumah itu milik A tapi lot tanah di atas mana rumah itu dibina dimiliki oleh B.

Pemeriksaan saya dengan Air Selangor tengah hari tadi mengesahkan bahawa pemasangan bekalan air bagi mana-mana rumah bersandar kepada lot tanah atas mana rumah itu dibina dan bukannya rumah di atas lot tanah berkenaan.

Jadi tidak mustahil bil air adalah atas nama B walaupun rumah itu dimiliki oleh A.

Namun, lazimnya, A akan memikul tanggungjawab membayar bil air kerana A menggunakan bekalan air di rumah itu.

Jadi, bila Anwar mendakwa (selepas menjadi PM) bahawa beliau sudah menjual rumah di Segambut untuk “settle” rumah di Sungai Long, mungkin dia baru sahaja membeli rumah di atas tanah yang dipajaknya pada 2020.

Mungkin…

Maknanya, walaupun ada pengesahan daripada Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Pejabat PM (didedahkan oleh CheguBard) bahawa bil TNB dan bil Air Selangor adalah atas nama pemilik premis kediaman Anwar (Lim Kean Tin), keadaan ini mungkin telah berubah baru-baru ini.

Loading...

TONTON JUGA: PENDEDAHAN PENUH : PERKARA GANJIL TENTANG ANWAR DAN PENTADBIRANNYA, WAJIB DISIASAT SEGERA

Saya terpaksa membuat analisa ini, kerana bila saya mengajukan persoalan berdasarkan pendedahan CheguBard dan meminta Anwar memberi penjelasan, saya tidak diberi penjelasan penuh, tetapi sebaliknya, dituduh memfitnah.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Setiausaha Politik Anwar memberi penjelasan (berkait pajakan) yang agak mengelirukan jika kita membandingkannya dengan pendedahan Anwar bahawa beliau dah ‘settle’ rumah di Sungai Long.

Laporan Sinar bertarikh 9 Nov 2022 menyebut:

“Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM11.2 juta.

“Sebahagian besar daripada aset beliau iaitu RM10.4 juta adalah daripada pemilikan empat unit hartanah yang dibeli antara tahun 2005 hingga 2022.

“Antara aset hartanah dimilikinya adalah sebuah tanah berserta rumah yang terletak di Segambut Dalam, Kuala Lumpur bernilai RM9 juta yang dibeli pada tahun 2005 secara tunai pada ketika itu dengan harga RM4 juta.

“Tiga lagi aset hartanah dimilikinya adalah unit tanah di Port Dickson, Negeri Sembilan bernilai RM1 juta; tanah di Bentong, Pahang (RM300,000); tanah di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (RM50,000).

“Sementara itu, jumlah keseluruhan aset tunai dan simpanan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) antaranya di institusi kewangan dan akaun pelaburan adalah bernilai RM828,668.”

Persoalan saya di sini mudah – adakah asset RM11.2 juta itu di ISYTIHAR terus kepada SRPM?

Laporan MalaysiaNow bertarikh 27 Julai 2021 pula menulis:

“Presiden PKR Anwar Ibrahim akan menjual rumah banglonya di Bukit Segambut, Kampung Segambut Dalam di Kuala Lumpur kepada umum dengan harga RM12 juta.

“Difahamkan, harga asal jualan rumah itu adalah RM15 juta, akan tetapi dikurangkan kepada RM12 juta di laman Mudah.my bermula hari

Tapi, apabila mengisytihar harta November lalu, Anwar berkata rumahnya di Segambut hanya bernilai RM9 juta.

Kemudian, dalam ucapannya selepas menjadi PM, Anwar mendedahkan bahawa beliau sudah menjual rumah di Segambut dan ‘settle’ rumah di Sungai Long dengan lebihan RM500,000.

Perosalannya, apakah maksud Anwar bahawa beliau dah ‘settle’ rumah di Sungai Long?

Adakah kenyataan Anwar bermaksud beliau sudah membeli rumah di Sungai Long atas tanah yang dipajak?

Jika benar Anwar menjual rumahnya di Segambut untuk membeli sebuah rumah di Sungai Long atas tanah yang dipajak, bagaimanakah aktiviti jual beli ini hanya membawa kepada lebihan RM500,000 buat diri Anwar?

Andai kata Anwar menjual rumah di Segambut pada harga RM9 juta, adakah ini bermakna Anwar membayar RM8.5 juta untuk sebuah rumah di atas tanah yang DIPAJAK di Sungai Long?

Benarkah sebuah rumah banglo di Sungai Long boleh bernilai sampai RM8.5 juta atas tanah yang dipajak?

Dan bukankah rumah Anwar sebelum ini ditawarkan pada harga RM12 juta?

Jika Anwar menjual rumah di Segambut pada harga yang lebih tinggi dari RM9 juta, percayakah anda bahawa sebuah rumah banglo yang didirikan atas tanah yang dipajak di Sungai Long boleh mencapai nilai mencecah RM8.5 juta?

Banyak persoalan yang perlu dijawab, kerana apabila Anwar menuntut ketelusan dan integriti, Anwar sendiri perlu dilihat sebagai telus dan berintegriti.

Maka, selagi ada kecelaruan dalam penjelasan Anwar dan selagi persoalan-persoalan ini tidak dijawab secara lengkap, akan timbul banyak lagi persoalan tentang kaitan Anwar dengan pemilik tanah yang dipajak dan betapa peliknya seorang PM membeli rumah atas tanah yang dipajak di Sungai Long pada harga yang saya fikir luarbiasa.

Ini kerana apabila seseorang itu enggan menjawab soalan yang diajukan, dan kemudian membuat laporan polis dan menuduh anda memfitnah walaupun anda sekadar bertanya atau memintanya menjawab persoalan yang ditularkan oleh pihak lain, orang itu akan mengundang seribu satu lagi persoalan.

CONTOHNYA, MUNGKINKAH ISU RUMAH INI MELIBATKAN ‘KICKBACK’ ATAU GEJALA-GEJALA LAIN UNTUK ‘MENGURANGKAN’ NILAI ASET ANWAR DI ATAS KERTAS?

Saya bukanlah pakar sangat tentang harga rumah atas tanah pajakan, dan saya bukannya menuduh, tetapi saya berhak bertanya kepada PM apabila timbul kemusykilan kerana ini melibatkan integriti seorang pemimpin tertinggi kerajaan!

TONTON JUGA: PENDEDAHAN PENUH : PERKARA GANJIL TENTANG ANWAR DAN PENTADBIRANNYA, WAJIB DISIASAT SEGERA

#PMX #Anwar #PRN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...