Raggie Jessy Rithaudeen
انور ڤڠڬرق اوتام سكيم ءاوسير محضيرء
Datuk Seri Anwar Ibrahim usah berpura-pura ditekan berhubung pelan peralihan kuasa dan mengaku sahaja beliau merupakan penggerak utama satu skim terancang untuk “mengusir Mahathir dan mengelirukan ahli-ahli parlimen.”
Skim ini melibatkan orang-orang tertentu yang berkeliaran di sekeliling Anwar yang antara lain, pernah terlibat dengan pencetakan “Akuan Bersumpah Palsu” yang bertujuan meyakinkan ahli-ahli parlimen bahawa Anwar disokong pemimpin-pemimpin tertentu yang digelar “kingmaker.”
Ini termasuklah akuan bersumpah palsu yang kononnya milik Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar turut mengerahkan berpuluh-puluh penyokongnya baik dari dalam mahupun luar PKR, termasuk mereka yang memegang jawatan penting dalam parti, untuk mengeluarkan kata-kata fitnah kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dengan perjanjian yang menetapkan dua tahun sebagai tempoh peralihan kuasa.
Perkara ini sebenarnya diakui oleh Anwar sendiri sebagai tidak benar di Dewan Rakyat ketika beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parliemen dari Barisan Nasonal.
Anwar merupakan satu-satunya pemimpin Pakatan Harapan yang konsisten mengungkit pelan peralihan kuasa hampir setiap hari selama lebih 17 bulan dan mengelirukan rakyat dengan pembohongan berhubung kuasa sebenar Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Persepsi yang diberikan ialah jawatan Perdana Menteri tertakluk kepada kehendak Majlis Presiden, walhal, Perlembagaan Persekutuan jelas memberikan kuasa tersebut dan budi bicara kepada Yang di-Pertuan Agong.
Anwar sebenarnya terdesak pada ketika ini kerana beliau diberikan kata putus oleh saya untuk buktikan beliau memiliki sokongan majoriti ahli parlimen dengan menetapkan tarikh peralihan kuasa di mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan esok.
Ini memandangkan pengesahan Mahathir bahawa beliau akan berundur selepas sidang kemuncak APEC boleh bermakna apa sahaja, dari beliau meletakkan jawatan pada hujung bulan November hinggalah beliau meletakkan jawatan antara bulan Disember dan sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.
Kegagalan Anwar menetapkan tarikh pengunduran Mahathir esok akan menjadi pengesahan yang paling ketara bahawa Mahathir memiliki sokongan majoriti Dewan Rakyat dan tidak mungkin boleh diganggu gugat pada ketika ini.
