RUJUK VIDEO DI SINI UNTUK HURAIAN PENUH 11 SEBAB ANWAR DAN AGC CUBA LEMBUKAN RAKYAT
Raggie Jessy Rithaudeen
Perdana Menteri Datuk Seri Awnar Ibrahim dan Pejabat Peguam Negara (AGC) diminta jangan cuba ‘menglembukan’ rakyat Malaysia berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan jenayah berkait Yayasan Akalbudi.
Beberapa sebab yang dikemukakan oleh AGC berkait secara langsung dengan empat surat representasi yang dikemukakan oleh peguam Zahid kepada AGC.
Surat-surat berkenaan, antara lan, mendakwa perbicaraan Zahid dilakukan secara cuai dan tergesa-gesa.
Namun, surat-surat ini dihantar berbulan-bulan selepas Zahid diminta membela diri dan selepas 99 saksi pendakwan dipanggil dalam tempoh tiga tahun.
Persoalannya, kenapa peguam Zahid tidak memaklumkan kepada AGC di peringkat pendakwaan bahawa perbicaraan terhadap Zahid dilakukan secara cuai dan tergesa-gesa?
RUJUK VIDEO DI SINI UNTUK HURAIAN PENUH 11 SEBAB ANWAR DAN AGC CUBA LEMBUKAN RAKYAT
Satu lagi sebab yang diberikan oleh AGC ialah persepsi negatif bahawa AGC dan SPRM dikawal oleh pihak tertentu.
Persoalannya, sejak bila persepsi sebegini menjadi asas untuk melepaskan tertuduh setelah mahkamah sendiri sudah putuskan ada kes prima facie, yakni ada bukti dan asas kukuh Zahid mungkin telah melakukan jenayah?
Keputusan kerajaan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat Tommy Thomas turut ditampilkan sebagai alasan, di mana Tommy Thomas didakwa telah melakukan pendakwaan terpilih.
Persoalannya, bukankah Zahid merupakan Timbalan Perdana Menteri dalam kabinet yang bersetuju untuk menubuhkan RCI ini?
Bukankah perkara ini menimbulkan konflik kepentingan serius dan syak bahawa RCI ini dirancang sebagai alasan untuk menggugurkan kes Zahid?
AGC juga merujuk kepada memo 2018 yang kononnya mencatitkan pendapat Timbalan Pendakwaraya bahawa tuduhan terhadap Zahid tidak boleh bertahan.
Tapi bukankah memo ini tidak lagi relevan setelah mahkamah memutuskan ada kes prima facie?
RUJUK VIDEO DI SINI UNTUK HURAIAN PENUH 11 SEBAB ANWAR DAN AGC CUBA LEMBUKAN RAKYAT
Anwar pula mendakwa dia sudah dimaklumkan terlebih dahulu oleh Peguam Negara berkait hasrat untuk melepaskan Zahid.
Menurut Anwar, pada awalnya, dia kritikal terhadap keputusan Tan Sri Idrus Harun, namun akur dengan penjelasan yang diberikan oleh bekas Peguam Negara itu.
Pertama sekali, sejak bila Anwar menjadi jurucakap Idrus Harun?
Sudah lima hari Zahid dilepaskan, namun Anwar sahaja yang bersuara bagi pihak Idrus Harun. Adakah mulut Idrus Harun telah dikunci?
Kedua, Anwar berkata dia ‘dia kritikal’ terhadap keputusan Tan Sri Idrus Harun namun ‘akur’ dengan penjelasan yang diberikan.
Kemudian, Anwar memberi gambaran bahawa dia ‘setuju’ dengan maklumat baharu yang ditampilkan oleh pihak peguam Zahid kepada Peguam Negara.
Anwar hendak menipu siapa?
#nakfakta #Malaysia #Anwar #PMX #Zahid
RUJUK VIDEO DI SINI UNTUK HURAIAN PENUH 11 SEBAB ANWAR DAN AGC CUBA LEMBUKAN RAKYAT
