Anwar, Mohamad Sabu, Muhyiddin beri gambaran MoU akan diteruskan selepas 31 Julai

Menurut Anwar, beliau akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob minggu depan untuk berbincang lebih lanjut mengenai MOU itu. Sumber (gambar): Malaysianow

انور، محمد سابو، محي الدين بري ڬمبارن مواو اكن دتروسكن سلڤس 31 جولاي

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran bahawa Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) akan disambung selepas 31hb Julai.

Bercakap kepada pemberita, Anwar memberitahu, PKR akan mengadakan perbincangan dengan DAP dan Amanah mengenai MoU tersebut.

Gambaran yang sama pernah diberikan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu, yang berkata, dia akan menangguhkan pilihan raya umum ke-15 sehingga habis penggal pada Jun tahun depan sekiranya dia merupakan perdana menteri.

Sebelum itu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin meminta kerajaan meneliti pelbagai perkara sebelum memutuskan hendak menamatkan MoU dengan Pakatan Harapan (PH).


Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran bahawa Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) akan disambung selepas 31hb Julai.

Bercakap kepada pemberita, Anwar memberitahu, PKR akan mengadakan perbincangan dengan DAP dan Amanah mengenai MoU tersebut.




“Bagi tafsiran MOU, ia tidak semestinya berakhir pada Julai atau semasa pilihan raya. Jadi kita akan melihat kerana kita tidak mahu dilihat tidak memberi tumpuan kepada masalah rakyat.

“Sebagai contoh, sebaik sahaja kita menamatkannya (MOU), adakah kita memaksa diadakan pilihan raya umum?

“Kita tidak mahu memaksa kerana terdapat perkara penting yang perlu ditangani,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama.

Menurut Anwar, beliau juga akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob minggu depan untuk berbincang lebih lanjut mengenai MOU itu.

Gambaran yang sama pernah diberikan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu, yang berkata, dia akan menangguhkan pilihan raya umum ke-15 sehingga habis penggal pada Jun tahun depan sekiranya dia merupakan perdana menteri.

Sebelum itu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, meminta kerajaan meneliti pelbagai perkara sebelum memutuskan hendak menamatkan MoU dengan Pakatan Harapan (PH).

“Perkara berkenaan membabitkan pentadbiran kerajaan persekutuan yang masih di bawah pimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Loading...

“Dalam pertemuan saya bersama pimpinan PN dan perdana menteri dua minggu lalu, ada bincang perkara berkenaan kerana saya dengar pihak pembangkang minta perkara itu dilanjutkan,” katanya.

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...