ANWAR IBRAHIM TAK PAYAH ‘SEMBANG KARI’ SERTA BERPURA-PURA HENDAK KAJI SEMULA PERSEFAHAMAN DENGAN KERAJAAN

Khairuddin Abu Hassan

انور إبراهيم تق ڤايه ‘سيمبڠ كاري’ سرتا برڤورا-ڤورا هندق كاجي سمولا مواو دڠن كراجأن

Keseluruhan rakyat Malaysia dapat melihat hipokrasi Anwar Ibrahim dan PH yang telah memeterai MoU dengan kerajaan yang ditunjang oleh UMNO.

Bukan Anwar Ibrahim dan PH tidak tahu perangai pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak pernah belajar dari kesilapan lama.




Pemimpin-pemimpin UMNO yang masih berpaksikan kepada ketua-ketua kleptokrats mereka hanya mahu mengekalkan kuasa untuk agenda politik peribadi.

BACA JUGA: MAAF NAJIB, SUDAH TERLAMBAT

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO mereka hanya mahu mengekalkan kuasa untuk agenda menyamun khazanah kerajaan serta mencuri duit rakyat!!

Ramai daripada ‘court clusters’ UMNO kini sedang dibebaskan seorang demi seorang.

Takkan Anwar Ibrahim dan PH tidak kenal dengan perangai pemimpin-pemmpin UMNO yang senantiasa salah guna kuasa bila dapat kuasa.

Kini, Anwar Ibrahim serta PH sanggup memeterai MoU dengan sebuah kerajaan yang ditunjang oleh UMNO dan sanggup memberi ‘tali hayat’ kepada kerajaan masa kini untuk terus berkuasa.

Dulu Anwar Ibrahim dan PH kutuk ‘Langkah Sheraton’ kononnya menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik oleh rakyat pada PRU14 yang lepas.

Kerajaan masakini adalah kesinambungan dari kerajaan yang diujudkan selepas ‘Langkah Sheraton,’

Loading...

Tokoh-tokoh pemimpin dalam kabinet pada hari ini adalah orang yang sama dalam barisan kabinet selepas ‘Langkah Sheraton’ takkan Anwar Ibrahim mahupun PH tidak menyedarinya.

Sesungguhnya, Anwar Ibrahim tidak perlu ‘sembang kari’ kerana semua pemimpin-pemimpin PH telah sedar mereka dijadikan bahan mainan saja oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Halikatnya, kerajaan UMNO pun tidak pernah beri muka kepada Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PH selama ini dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Sebab itulah setiap hari pemimpin-pemimpin PH berbalah dengan pihak BN serta PN di dalam Dewan Rakyat.

Segalanya sudah terlambat bagi PH kerana rakyat Malaysia sudah dapat melihat sikap hipokrasi mereka secara amat jelas.

Pada hari ini Anwar Ibrahim dan PH sudah menggadaikan prinsip perjuangan mereka dan melacurkan diri demi kepentingan agenda peribadi semata-mata.

Insya-Allah, Anwar Ibrahim dan PH bakal dihukum oleh keseluruhan para pengundi pada PRU15 kelak.

Sepertimana BN dan PN rakyat juga bakal menolak PH pada PRU15 tetapi yang tetap kekal berprinsip hanya parti PEJUANG yang tetap menolak kleptokrats serta para pengkhianat.

PEJUANG sama sekali tidak pentingkan diri sendiri tetapi tetap berpaut erat untuk memerangi rasuah secara habis-habisan seterusnya membela Melayu dan keseluruhan kaum-kaum sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Parti PEJUANG adalah sebuah parti berteraskan kepada Melayu secara seratus peratus tetapi bersifat nasional untuk membela keseluruhan rakyat tanpa kira kaum ataupun agama.

WAJIB BACA:

LAPORAN DIBUAT, POLIS DIMINTA SIASAT NAJIB RAZAK ATAS FITNAH BERHUBUNG RCI FOREX

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...