انور دسارن بوات ڤڠاكوان دڠن قدر سڬرا
Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran mengumumkan dengan segera kedudukan rasmi beliau berhubung isu peralihan kuasa Perdana Menteri.
Jika benar Anwar memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen, beliau diminta membuat pendirian tegas berhubung isu peralihan kuasa dan meminta Mahathir letak jawatan.
Jika tidak, Anwar disaran untuk membuat pengakuan segera kegagalan beliau memperolehi sokongan majoriti dan mengumumkan penarikan dirinya dari “pelan peralihan kuasa” biar ianya wujud ataupun tidak.
Kegagalan Anwar berbuat demikian akan membawa implikasi besar kepada masa depannya sebagai seorang ahli politik.
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran mengumumkan dengan segera kedudukan rasmi beliau berhubung isu peralihan kuasa Perdana Menteri.
Selama ini, Anwar telah mengungkit-ungkit isu peralihan kuasa dengan begitu kerap hinggakan tiada siapa tahu kedudukan beliau sebenar berhubung perkara tersebut.
Kegagalan Anwar menasihati penyokong tegarnya dari dalam dan luar PKR untuk berhenti mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad menetapkan tarikh peralihan kuasa dilihat sebagai usaha sulit beliau sendiri untuk mengucar-kacirkan politik dan ekonomi negara.
Tindakan Anwar dan kumpulan-kumpulan penyokongnya menyebabkan ramai pelabur enggan memberi komitmen serius terhadap pasaran tempatan kerana takut berlaku letusan politik mengejut pada bila-bila masa.
Justeru, jika benar Anwar memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen, beliau diminta membuat pendirian tegas berhubung isu peralihan kuasa dan meminta Mahathir letak jawatan.

RJ RITHAUDEEN