Anwar dapat lanjutan dua minggu lagi untuk fail pembelaan saman RM150 juta oleh Tun Mahathir

Peguam Mahathir ketika dihubungi, mengesahkan keputusan lanjutan masa sehingga 14 Jun untuk Anwar memfailkan pernyataan pembelaannya. Sumber (gambar): TTF

انور داڤت لنجوتن دوا ميڠڬو لاڬي اونتوق فايل ڤمبلاان سامن رم150 جوت اوليه تون محضير

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mendapat lanjutan dua minggu lagi untuk memfailkan pernyataan pembelaannya terhadap saman fitnah RM150 juta oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pada 3 Me lalu, Mahathir memfailkan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan bekas perdana menteri itu mengumpul kekayaan untuk kekayaan peribadi semasa berkuasa.

Antara lain, Mahathir menuntut Ganti Rugi Am (“General Damages”) disebabkan penghinaan terhadap plaintif daripada kenyataan-kenyataan fitnah defendan tersebut berjumlah RM50 juta.

Mahathir juga menuntut Ganti Rugi Teladan (“Exemplary Damages”) disebabkan penghinaan terhadap plaintif daripada kenyataan-kenyataan fitnah defendan tersebut sejumlah RM100 juta.


Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mendapat lanjutan dua minggu lagi untuk memfailkan pernyataan pembelaannya terhadap saman fitnah RM150 juta oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahkamah Tinggi di Shah Alam memberikan lanjutan untuk membolehkannya memfailkan pembelaan terhadap tindakan sivil berkenaan.




Sekiranya Anwar, tidak dibenarkan lanjutan hari ini, defendan perlu memfailkan pernyataan pembelaan hari ini.

Peguamnya, lliff Benjamin Suhaimi mengesahkan keputusan pengurusan kes di hadapan pendaftar Mahkamah Tinggi awal hari ini.

TONTON: DAP TERDESAK SOKONGAN MELAYU, TAKUT HILANG BANYAK KERUSI SAMPAI TERPAKSA PELAWA PAS KERJASAMA

“Kami dapat (lanjutan bermula hari ini untuk selama) dua minggu. Perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Julai,” kata peguam itu ketika dihubungi media.

Sementara itu, peguam Mahathir ketika dihubungi, mengesahkan keputusan lanjutan masa sehingga 14 Jun untuk Anwar memfailkan pernyataan pembelaannya.

Peguam itu berkata bahawa mereka mendapat arahan daripada Mahathir untuk membantah permohonan awal oleh Anwar untuk lanjutan masa sebulan, kerana kes berkenaan adalah perkara kepentingan awam dan amat mendesak untuk saman itu didengar secepat mungkin.

Bagaimanapun, peguam itu menambah bahawa mahkamah sivil akhirnya memutuskan untuk memberikan lanjutan dua minggu.

Pada 3 Me lalu, Mahathir memfailkan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan bekas perdana menteri itu mengumpul kekayaan untuk kekayaan peribadi semasa berkuasa.

Loading...

Tindakan sivil itu adalah berhubung ucapan dasar Anwar selaku presiden PKR pada kongres kebangsaan khas parti itu pada 18 Mac.

Melalui tuntutan mahkamah itu, plaintif mendakwa, antara lain, bahawa Anwar membuat kenyataan tidak benar dan tidak berasas dengan niat untuk menimbulkan persepsi negatif terhadapnya

Antara lain, Mahathir menuntut Ganti Rugi Am (“General Damages”) disebabkan penghinaan terhadap plaintif daripada kenyataan-kenyataan fitnah defendan tersebut berjumlah RM50 juta.

Mahathir juga menuntut Ganti Rugi Teladan (“Exemplary Damages”) disebabkan penghinaan terhadap plaintif daripada kenyataan-kenyataan fitnah defendan tersebut sejumlah RM100 juta.

Dr Mahathir mendakwa, kenyataan Anwar dalam ucapannya pada kongres itu membawa maksud beliau membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya.

Mahathir juga mendakwa kenyataan itu bukan sahaja merosakkan imej dan reputasinya tetapi turut memalukan dirinya serta ahli keluarganya.

Mahathir menegaskan bahawa anak-anaknya berjaya dalam dunia perniagaan tanpa campur tangan atau sebarang penyalahgunaan kuasa olehnya sebagai perdana menteri ketika itu.

THE THIRD FORCE

Dikemaskini bagi tujuan ketepatan, berdasarkan laporan asal oleh Malaysiakini



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...