Raggie Jessy Rithaudeen
انور چمس، خواطر ڤڠاروه محضير تڠڬلمكن ڤاكتن هارڤن
Ahad lalu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) tidak akan sokong mana-mana Perdana Menteri yang mendapat sokongan pemimpin UMNO yang korup.
Dalam satu kenyataan, Mukhriz berkata, PEJUANG tegas menentang rasuah yang dilabelnya sebagai “musuh nombor satu orang Melayu.”
Mukhriz menegaskan bahawa PEJUANG akan berada di pihak yang bertentangan dengan pimpinan UMNO seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor dan “pemimpin korup” yang lain.
Kenyataan ini tepat dan sejajar dengan komitmen PEJUANG terhadap prinsip Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan puak kleptokrat dari UMNO, khususnya, Najib dan Zahid.
Dalam membawa kenyataan Mukhriz, saya menulis:
Mukhriz dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini bersekongkol dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk cuba dapatkan sokongan majoriti bagi Anwar.
Beberapa percubaan sebelum ini gagal, termasuklah percubaan Anwar untuk memperdaya ahli-ahli parlimen ketika tempoh kempen Pilihan Raya Negeri Sabah kononnya beliau memiliki sokongan hampir dua per tiga ahli parlimen.
Walaubagaimanapun, setelah melambung-lambung nama Yang Di-Pertuan Agong, Anwar gagal mempersembahkan sebarang bukti sahih sokongan ketika menghadap Seri Paduka Baginda Tuanku malah dinasihati oleh Tuanku untuk mematuhi proses perlembagaan.
Beberapa percubaaan Anwar, Najib dan Zahid setelah peristiwa itu turut gagal, termasuklah percubaan untuk mengumpul Surat Akuan Bersumpah dalam bilangan yang mencukupi sebelum undi belanjawan pada 15hb Disember lepas.
Kini, ketiga-tiga mereka sekali lagi cuba meyakinkan ahli-ahli parlimen dari Team B UMNO untuk menyokong Anwar dan bersetuju untuk kerjasama dengan DAP dengan atau tanpa PAS.
Menurut Mukhriz, dia belum melihat bagaimana pembangkang akan bekerjasama dalam pilihan raya akan datang.
“Mungkin tiada lagi Pakatan Harapan pada PRU15,” katanya memetik konflik dalaman di dalam gabungan pembangkang.
Ya, Mukhriz memang menggambarkan situasi sebenar secara objektif dan memberi petujuk bahawa PEJUANG tidak berminat untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan selagi Anwar menerajui gabungan tersebut.
Walaubagaimanapun, hari ini, Anwar memberi gambaran lain, seolah-olah Mahathir telah meminta untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan ‘merayu’ untuk menyertai semula gabungan itu.
Dalam satu kenyataan, Anwar berkata, mana-mana pihak wajib mematuhi prinsip perjuangan dikemukakan Pakatan Harapan sekiranya ingin menyertai gabungan itu membentuk gabungan besar parti pembangkang.
Hakikatnya, Anwar kini merasakan dirinya terancam dengan sokongan begitu ramai ahli parlimen terhadap Mahathir.
Anwar khuatir Blok Kuasa Ketiga pimpinan Mahathir akan menarik penyertaaan ramai pemimpin UMNO, WARISAN, GPS, PKR, AMANAH dan DAP dan menjadi blok yang lebih mantap berbanding Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.
Atas sebab itulah Anwar sedang cuba sedaya upaya untuk memperdaya ahli-ahli parlimen pembangkang dan kerajaan dengan memberi persepsi palsu kononnya beliau masih relevan, kekal berpengaruh dan disegani ramai dalam Pakatan Harapan.
Saya percaya Anwar melakukan ini kerana khuatir ahli-ahli parlimen dari Team A (UMNO) akan hilang keyakinan terhadapnya apabila melihat perpecahan yang melanda blok pembangkang dan tahap sokongan ahli-ahli parlimen dari Pakatan Harapan terhadap Mahathir.
Sekiranya Team A tidak yakin Anwar memiliki sokongan padu kesemua 91 ahli parlimen dari Pakatan Harapan, masakan Najib dan Zahid hendak berusaha mendapatkan sokongan dari Team B yang terang-terang menolak Anwar.
Atas sebab itulah Anwar menimbulkan persepsi palsu kononnya Mahathir terdesak untuk menjadi Perdana Menteri dan ‘merayu’ kepada Pakatan Harapan untuk menerimanya sebagai calon Perdana Menteri bagi gabungan itu.
Menerusi helah ini, Anwar amat berharap Team A akan kembali yakin terhadapnya dan memujuk ahli-ahli parlimen dari Team B untuk menandatangani Surat Akuan Bersumpah bagi menzahirkan sokongan mereka terhadapnya sebagai calon Perdana Menteri ke-9.
Sudah-sudahlah Anwar.
Engkau tidak serik dengan percubaan untuk memperdaya ahli-ahli parlimen yang sememangnya tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap kau, lebih-lebih lagi setelah kegagalan engkau mendapatkan sokongan majoriti sebelum undian Belanjawan 2021.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
