انطاني لوك ءسهكنء ۏيدياو تولر للاكي كچم ءڤرتي سربن، ڤوتوڠ كمالوانء د ڤنتس دڤ
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Video tular seorang lelaki sarat dengan makian dalam bahasa Cina pada satu majlis anjuran DAP di Selangor semalam adalah tulen, ia disahkan secara tidak langsung oleh Anthony Loke.
Setiausaha Agung DAP itu berkata lelaki yang mengucapkan kata sarat makian itu hanya ahli biasa dalam parti dan mendakwa video itu dimainkan semula dengan tujuan mengganggu momentum Pakatan Harapan (PH)-UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.
Namun, alasan ini tidak boleh diterima, kerana lelaki itu terang-terang berucap di pentas rasmi yang didirikan oleh DAP, dan sebelum video ucapan itu ditularkan, tidak ada sebarang teguran kepada lelaki itu oleh kepimpinan DAP mahupun penjelasan atau permohonan maaf daripada DAP.
Malah, Anthony Loke sehingga kini belum memohon maaf kepada masyarakat Melayu-Islam atas kata-kata rasis dan anti-Islam yang diucapkan oleh lelaki berkenaan.

Tegasnya, ucapan itu disampaikan oleh “ahli biasa DAP dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti”.
“Saya menyeru semua penyokong PH dan BN tidak terpengaruh dengan klip video tersebut yang tidak sama sekali mewakili akhlak dan pendirian DAP,” kata Loke sambil menambah bahawa beliau mengarahkan keahlian lelaki tersebut digantung.
LIVE: PN RAMPAS SELANGOR, N SEMBILAN JIKA LEBIH 90% MELAYU-ISLAM KELUAR MENGUNDI
Namun, alasan ini tidak boleh diterima, kerana lelaki itu terang-terang berucap di pentas rasmi yang didirikan oleh DAP, dan sebelum video ucapan itu ditularkan, tidak ada sebarang teguran kepada lelaki itu oleh kepimpinan DAP mahupun penjelasan atau permohonan maaf daripada DAP.
Malah, Anthony Loke sehingga kini belum memohon maaf kepada masyarakat Melayu-Islam atas kata-kata rasis dan anti-Islam yang diucapkan oleh lelaki berkenaan.
Satu klip video ucapan sarat dengan makian dalam bahasa Cina pada satu majlis anjuran DAP di Selangor yang turut dihadiri pemimpin tertinggi parti termasuk Loke menjadi tular di platform media sosial, dengan ribuan komen mengecamnya kerana melemparkan kata-kata berbaur perkauman dan menghina PAS serta pembangkang Melayu ketika ini.
Video berdurasi dua minit itu, yang mendapat tontonan hampir setengah juta di TikTok sahaja dalam tempoh kurang 24 jam sejak ia dimuat naik lewat petang semalam, dirakam pada 10 Jun tahun ini ketika majlis makan malam kutipan dana DAP di Balakong, sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bangi di Selangor.
Dalam video itu, seorang individu yang tidak dinamakan memakai jaket Pakatan Harapan (PH) berwarna merah memberi amaran kepada orang ramai tentang “parti serban”, merujuk kepada PAS, yang kebanyakan pemimpin tertinggi parti itu mengenakan penutup kepala bagi orang Islam.
“Ni muncul satu lagi panggil apa, parti serban, gelombang hijau ada tak? Sekarang dahlah susah, keluar pula parti serban yang lagi jahanam, betul tak?
“Yang semua orang takut tu, sekali sebut teringat kena potong kemaluan,” kata lelaki itu.
Selepas beberapa kali mencerca “pesta serban”, lelaki tersebut berkata: “Kalau mereka menang besar, kita ni memang akan jadi jahanam, jahanam ditambah jahanam!”
Beliau berkata ramai pihak termasuk Umno telah menuntut permohonan maaf daripada DAP.
“Mereka ingat kita roket (DAP) ini senang nak buli. Betul tak? Kita roket tak takut mereka. Kita tak pernah takut. Semua faham tak?
“Betul mereka datang tuntut mohon maaf. Umno keluar tuntut daripada kita. Yang lagi kelakarnya, MCA tuntut juga,” katanya, dipercayai merujuk kepada Naib Presiden MCA Ti Lian Ker yang mana pada Jun lalu beliau menggesa DAP supaya memohon maaf kepada partinya atas tuduhan masa lalu kerana melabel MCA sebagai pengkhianat kaum Cina.
“P*i*ak ni panggil apa? Ini nak kena f** ni.”
Meneruskan cemuhannya dengan kata-kata kesat, lelaki tersebut berkata DAP tidak salah dalam menentang musuhnya pada masa lalu.
“Buat sampai Malaysia sebegini mundur. Semuanya kerana mereka,” katanya merujuk kepada UMNO.
Acara itu diadakan di sebuah restoran Cina di Cheras sebagai sebahagian daripada siri kutipan derma untuk pilihan raya negeri sebelum pembubaran DUN Selangor.
Selain Loke, yang juga menteri pengangkutan, pemimpin kanan DAP lain yang berucap pada majlis itu termasuk Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim, serta Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan.
RJ Rithaudeen
Disunting daripada laporan Agenda Daily
LIVE: PN RAMPAS SELANGOR, N SEMBILAN JIKA LEBIH 90% MELAYU-ISLAM KELUAR MENGUNDI
#PMX #Anwar #PRN #AnthonyLoke #PerikatanNasional