“…bukan hanya parti Amanah ditubuhkan sejurus selepas DAP ‘meruntuhkan’ Pakatan Rakyat, parti baharu itu dianggotai sepenuhnya oleh bekas pemimpin PAS yang rapat dengan Lim Kit Siang dan tidak berpuas hati setelah mereka kalah dalam muktamar PAS.” TONTON JUGA PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)
Raggie Jessy Rithaudeen
انطاني لوك لوڤا ڤريستيوا ڤه ءچوريء واكيل رعيت ڤاس دان سجاره ڤرڤچاهن ڤقر
1. Pada 10 September 2023, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mendakwa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memenangi kerusi Parlimen Muar dengan sokongan Pakatan Harapan (PH).
2. Menurut Loke, walaupun Syed Saddiq bukan calon PH, beliau masih sebahagian daripada blok PH yang menentang Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
3. Keesokkan hari, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menggesa Syed Saddiq mengosongkan kerusi parlimen Muar dan bertanding semula dengan kekuatan sendiri.
4. Hari ini pula, PH Muar menggesa Syed Saddiq mengosongkan kerusi Parlimen Muar agar mandat dapat diserahkan semula kepada rakyat bagi membolehkan pilihan raya kecil (PRK) diadakan.
TONTON JUGA PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)
5. Namun, PH lupa peristiwa yang berlaku sejurus selepas Langkah Kajang.
6. Pada ketika itu, DAP dan PKR tidak berpuas apabila PAS menurut titah Sultan Selangor untuk mempersembahkan tiga nama calon Menteri Besar Selangor.
7. Ikutkan DAP dan PKR, mereka hendak mempersembahkan hanya satu nama, iaitu nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walaupun Sultan Selangor menitahkan perlu ada tiga nama.
8. Disebabkan nama Datuk Seri Azmin Ali terkandung dalam senarai PAS, Azmin akhirnya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
9. Perkembangan ini memarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan Lim Kit Siang, antara lain.
10. Disebabkan itu, perpecahan yang teruk mula melanda PKR dan Pakatan Rakyat.
11. DAP kemudian mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud dan menerima parti Amanah sebagai rakan sekutu dalam gabungan baharu yang diberi nama Pakatan Harapan.
12. Apa yang menarik, bukan hanya parti Amanah ditubuhkan sejurus selepas DAP ‘meruntuhkan’ Pakatan Rakyat, parti baharu itu dianggotai sepenuhnya oleh bekas pemimpin PAS yang rapat dengan Lim Kit Siang dan tidak berpuas hati setelah mereka kalah dalam muktamar PAS.
13. Lebih menarik, ada di antara pemimpin ini merupakan wakil rakyat.
14. Namun, Lim Kit Siang, DAP dan PKR tidak ada masalah menerima mereka sebagai rakan sekutu dan tidak pernah meminta mereka mengosongkan kerusi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
14. Di manakah Anthony Loke pada ketika itu? Di manakah PH Muar dan Lokman Adam pada ketika itu?
15. Dari tahun ke tahun, perpecahan yang melanda PKR bertambah teruk.
16. Akhirnya, Azmin memutuskan untuk menjarakkan diri dari Anwar dan bertindak keluar PKR bersama 10 lagi ahli parlimen untuk bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Langkah Sheraton.
16. Ini yang ramai tidak tahu. Lebih menarik lagi…
TONTON PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)
