Berikut merupakan penulisan terkini Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa:
Annuar Musa
اننوار موسى برتمو تون محضير بينچڠ ماس دڤن ملايو، بوميڤوترا
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Hari ini saya kunjungi dan adakan pertemuan sekali lagi dgn Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman beliau.
Perbincangan berlegar sekitar politik khususnya soal masa depan orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia serta hal ehwal semasa politik negara.
TONTON: RUMAH TERBUKA PM – DUA KESALAHAN BESAR YANG HARUS DISIASAT
Sejak dulu Tun begitu passionate bila bercakap tentang orang Melayu.
Walaupun saya dan Tun sering berbeza pendapat dan haluan politik, namun saya amat kagumi kepimpinan Tun yg begitu banyak membawa impak dan amat berjasa pada Negara. Kebijaksanaannya serta ketajaman pemikiran nya kekal hingga sekarang.
Kami sepakat untuk terus berikhtiar mengukuhkan Muafakat dan Perpaduan orang Melayu dan Bumiputera serta mempastikan Muafakat org Melayu dan bumiputera kembali menjadi teras politik dan pentadbiran negara.
Selain itu amatlah penting kita menyuburkan MUAFAKAT bagi mengurus negara kita yang berbilang bangsa dan agama ini dengan baik,sapertimana Tun pernah lakukan sekian lama sebagai Perdana Menteri
Saya doakan YABhg Tun berdua sentiasa sihat dan dirahmati Allah swt sepanjang masa.
