Aneh, Anwar takut pecat ahli parlimen PKR yang sertai PPBM

Menulis di Facebook rasminya, Anwar menyifatkan apa yang berlaku sepanjang kemelut politik yang melanda baru-baru ini sebagai “episod pengkhianatan demokrasi” yang tidak boleh dibiarkan berlaku lagi. Sumber (gambar): Fail TTF

انيه، انور تاكوت ڤچت اهلي ڤرليمين ڤقر يڠ سرتاي ڤڤبم

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersilakan mana-mana pemimpin dari Pakatan Harapan yang mengkhianati parti untuk keluar daripada gabungan berkenaan.

Sebelum ini, PKR bertindak memecat Azmin dan Zuraida Kamaruddin apabila kedua-dua mereka bertindak keluar parti sehari selepas Mahathir meletakkan jawatan.

Walaubagaimanapun, pengumuman pemecatan mereka oleh Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution agak aneh memandangkan Azmin mengumumkan pengundurannya dari parti bersama Zuraida dan sembilan ahli parlimen PKR yang lain.

Sehingga kini, belum ada pengumuman pemecatan sembilan yang lain itu biarpun sebilangan besar mereka diketahui menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama Azmin dan Zuraida.


PETALING JAYA: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersilakan mana-mana pemimpin dari Pakatan Harapan yang mengkhianati parti untuk keluar daripada gabungan berkenaan.

Menulis di Facebook rasminya, Anwar menyifatkan apa yang berlaku sepanjang kemelut politik yang melanda baru-baru ini sebagai “episod pengkhianatan demokrasi” yang tidak boleh dibiarkan berlaku lagi.




“Saya jelaskan pada pimpinan PH mengenai apa yang berlaku sepanjang konflik tempoh hari di rapat umum bersama pimpinan semalam.

“Apa jua yang berlaku, pasukan ini akan terus kekal bersama dan bina kekuatan. Usah kita panik, namun harus pulihkan semangat.

“Kita mesti kukuh dan bergerak sebagai satu angkatan dan terangkan kepada rakyat berkenaan sanggahan pasukan pengkhianat. Jangan mengalah dan korbankan prinsip.

“Jangan kita biarkan episod pengkhianatan demokrasi ini berlaku lagi. Jika ada lagi pimpinan seperti ini, dipersilakan keluar,” katanya.

Kenyataan beliau disyaki merujuk kepada pengumuman barisan Jemaah Menteri semalam oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menamakan Ketua Lembaga Disiplin PKR Sabah Jonathan Yassin sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri II.

Sebelum ini, Jonathan menulis di Facebook miliknya, “Salam, Untuk rekod, saya masih dalam Parti PKR, begitu juga saya nafikan bahawa saya pernah memberi persetujuan bahawa saya telah keluar daripada parti.

“Hal ini akan saya jelaskan juga kepada Ahli Jawatankuasa dan Biro parti petang ini,” jelas beliau.

Loading...

Posting tersebut disertakan lampiran keratan akhbar bertajuk “Azmin, Ahli Parlimen PKR mahu sertai Bersatu” dan dibuat pada 27hb Febuari lalu, empat hari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Bagaimana pun, kenyataan tersebut dipadamkan tidak lama selepas itu dan digantikan dengan gambar beliau bersama dengan Datuk Seri Azmin Ali dan sembilan bekas ahli PKR yang lain ketika mengadap Yang Di-Pertuan Agong pada rabu 26 hb Febuari.

Sebelum itu, PKR bertindak memecat Azmin dan Zuraida Kamaruddin apabila kedua-dua mereka bertindak keluar parti sehari selepas Mahathir meletakkan jawatan.

Walaubagaimanapun, pengumuman pemecatan mereka oleh Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution agak aneh memandangkan Azmin mengumumkan pengundurannya dari parti bersama Zuraida dan sembilan ahli parlimen PKR yang lain.

Sehingga kini, belum ada pengumuman pemecatan mana-mana ahli parlimen PKR dari sembilan yang lain itu biarpun sebilangan besar mereka diketahui menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama Azmin dan Zuraida.

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...