Analisa mudah keputusan PRK KKB – Tanda-tanda rakyat dah marah dan muak

BACA JUGA PENJELASANNYA DI SINI

Raggie Jessy Rithaudeen

Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu dengan majoriti 3,869 undi, 6 peratus kurang berbanding majoriti yang diperolehi pada Pilihan Raya Negeri Selangor tahun lalu.

Kedua-dua Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional masing-masing mencatatkan perosotan dalam jumlah undi yang diperolehi – PH merosot 5.9%, manakala PN merosot 5.7 peratus.




Ini mencadangkan wujudnya boikot Melayu-Islam dan bukan Melayu.

Sekiranya benar bukan Melayu yang memboikot PRK ini masih yakin dengan kerajaan, semestinya mereka akan keluar mengundi untuk menghalang DAP daripada menjadi mangsa “gelombang Hijau” yang diwar-warkan.

Namun, mereka tidak keluar mengundi, dan ini menimbulkan keyakinan yang teramat sangat bahawa mereka tidak berpuas hati.

Disebabkan mereka tidak bersedia untuk sokong PN, mereka memilih untuk duduk di rumah.

Melayu-Islam yang memboikot pula dipercayai tidak yakin PRK ini mampu membawa sebarang perubahan sekalipun PN menang.

Ada juga kemungkinan kumpulan ini tidak berpuas hati dengan PN kerana gagal menumbangkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beberapa pemimpin dan aktivis mewar-warkan sebelum ini bahawa “kerajaan akan tumbang.”

Tidak dinafikan juga kemungkinan mereka hilang keyakinan terhadap Bersatu di bawah kepimpinan Tan Sri Mujhyiddin Yassin setelah ramai wakil rakyat Bersatu berpaling tadah dan menyokong kerajaan pimpinan Anwar

Loading...

Disebabkan mereka tidak bersedia untuk sokong PH, mereka juga memilih untuk duduk di rumah.

#PRKKKB #Anwar #Muhyiddin



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...