
أمانه ماهو تنديڠ لبيه باڽق كروسي د ڤرو ك-15، ترماسوق كاوسن فيلدا
Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu meletakkan seramai mungkin wakilnya sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) termasuk mempertahankan kerusi dimenangi parti itu.
Presidennya, Mohamad Sabu, berkata bagaimanapun perkara itu bergantung kepada perbincangan dengan parti dalam Pakatan Harapan (PH) bagi mengelak pertembungan dalam kalangan parti pembangkang.
Beliau mengingatkan ahli parti bahawa perkiraan dan perbincangan untuk jawatan Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri jika parti menang pilihan raya bergantung kepada jumlah kerusi dimenangi parti.
Beliau turut mengingatkan parti itu mahu bersikap ‘ukur baju di badan sendiri’ dalam hal berkaitan kerusi untuk jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri yang dimenangi PH.
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu meletakkan seramai mungkin wakilnya sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) termasuk mempertahankan kerusi dimenangi parti itu.
Presidennya, Mohamad Sabu, berkata bagaimanapun perkara itu bergantung kepada perbincangan dengan parti dalam Pakatan Harapan (PH) bagi mengelak pertembungan dalam kalangan parti pembangkang.
Katanya, pembahagian kerusi adalah satu perkara yang paling sukar untuk dihadapi ketika ini.
“Namun, kita tetap bertanding atas nama PH kerana parti tidak mampu bersendirian menghadapi PRU-15.
“Kemenangan kita pada PRU-14 yang lalu kerana kita bersama PH,” katanya ketika menggulung perbahasan pada penutup Konvensyen Nasional 2020 parti itu di Melaka, hari ini.
Ketika ini, AMANAH mempunyai 11 kerusi Parlimen, manakala 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pada PRU-14, AMANAH bertanding di 34 kerusi Parlimen dan 119 kerusi DUN.
Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, AMANAH mencatatkan kemenangan pada PRU-14 walaupun usia parti masih baharu kerana faktor kerjasama dalam PH.
“Lihat di Johor kubu kuat UMNO kita menang sembilan kerusi, begitu juga di Perak kita menang enam kerusi dulu masa PAS mereka mampu menang satu dua kerusi saja,” katanya.
Beliau mengingatkan ahli parti bahawa perkiraan dan perbincangan untuk jawatan Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri jika parti menang pilihan raya bergantung kepada jumlah kerusi dimenangi parti.
Beliau turut mengingatkan parti itu mahu bersikap ‘ukur baju di badan sendiri’ dalam hal berkaitan kerusi untuk jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri yang dimenangi PH.
“Jika kita menang banyak kerusi, saya akan memperjuangkan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk parti kita.
“Senario sekarang, kita pernah ada wakil yang jadi Menteri Besar kerana keadaan itu memerlukan Melayu sedangkan kita hanya ada dua kerusi dimenangi berbanding enam kawasan ditandingi,” katanya
Beliau berkata, parti itu juga mahu meletakkan calon mereka di kawasan FELDA.
Turut dibangkitkan mengenai kesediaan parti itu untuk meletakkan calon muda dalam kalangan pemimpin Pemuda AMANAH dan Wanita Muda AMANAH (Warda).
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
