أمانه، دڤ تيدق بڬيتو ءڬمبيراء ڤقر ڬونا لوڬو سنديري
Amanah dan DAP dilihat tidak begitu berpuas hati dengan keputusan PKR menggunakan logonya sendiri di Pilihan Raya Negeri Johor.
Dalam satu kenyataan, kedua-dua parti komponen Pakatan Harapan itu berkata, mereka akan kekal menggunakan logo Pakatan Harapan.
Mengakui wujud “perbezaan pendapat” berhubung permohonan PKR untuk menggunakan logo parti sendiri, mereka berkata Amanah dan DAP menghormati keputusan tersebut.
Sementara itu, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng berkata, sepanjang 65 tahun Merdeka, kerajaan yang memerintah sentiasa terdiri daripada gabungan parti-parti politik.

“Sebagai satu gabungan, sudah tentu Amanah dan DAP inginkan semua parti gabungan bersatu di bawah satu lambang bersama yang berpegang kepada matlamat bersama dan agenda politik bersama,” kata mereka.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Amanah dan DAP akan terus mengekalkan PH. Kita masih ada tiga kerajaan negeri di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan untuk meneruskan usaha memenuhi keperluan rakyat.
BACA JUGA: YA, PKR DAH SANGKUT
“Atas sebab inilah, Amanah dan DAP akan tetap menggunakan logo PH bagi meneruskan usaha untuk kembali menjadi kerajaan.”
Semalam PH mengumumkan PKR akan menggunakan logo sendiri dalam menghadapi PRN Johor.
Mengakui wujud “perbezaan pendapat” berhubung permohonan PKR untuk menggunakan logo parti sendiri, mereka berkata Amanah dan DAP menghormati keputusan tersebut.
Sementara itu, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng berkata, sepanjang 65 tahun Merdeka, kerajaan yang memerintah sentiasa terdiri daripada gabungan parti-parti politik.
Menurut mereka, UMNO akan terus menggunakan logo Barisan Nasional (BN) walaupun ia merupakan parti yang dominan di negara ini sejak beberapa dekad lalu.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA: