Alasan bocor ‘rahsia kerajaan’ punca saya dihalang hadir majlis Kerajaan Persekutuan – MB Kedah

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Sumber (gambar): Fail TTF

السن بوچور ءرهسيا كراجأنء ڤونچا ساي دهالڠ حاضر مجليس كراجأن ڤرسكوتوان – مب قدح

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan arahan menghalangnya hadir sebarang majlis anjuran Kerajaan Persekutuan berpunca daripada dakwaan beliau membocorkan ‘rahsia’ kerajaan. 

Katanya, alasan tertulis dalam kertas arahan Kabinet itu menghalang beliau hadir ke sebarang majlis Kerajaan Persekutuan termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 23) yang dijadual berlangsung Mei depan.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Perikatan Nasional (PN) Kedah menegaskan, pihaknya tidak akan mengambil langkah sama dilakukan kerajaan Persekutuan ke atasnya.

“Semua agensi kerajaan Persekutuan yang mahu mengadakan program di Kedah akan dilayan baik dan sentiasa dialu-alukan kehadiran mereka ke negeri ini,” katanya.


Alor Setar: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan arahan menghalangnya hadir sebarang majlis anjuran Kerajaan Persekutuan berpunca daripada dakwaan beliau membocorkan ‘rahsia’ kerajaan.

Katanya, alasan tertulis dalam kertas arahan Kabinet itu menghalang beliau hadir ke sebarang majlis Kerajaan Persekutuan termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 23) yang dijadual berlangsung Mei depan.




TONTON: KEPUTUSAN KES NAJIB MENYEBABKAN ZAHID MAKIN TERDESAK, ANWAR MAKIN LEMAH

Jelasnya, arahan itu adalah sulit dan tidak diedarkan kepada semua pihak, namun salah seorang pegawai kanan kerajaan menunjukkan kertas arahan berkenaan kepada Setiausaha Sulitnya yang hadir mesyuarat berkaitan penganjuran LIMA 23.

“Sebelum ini, saya berceramah di Sungai Besar, Selangor, selepas menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disertai semua menteri Persekutuan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-261 (Februari lalu).

“Dalam ceramah itu, saya sebutkan mesyuarat bersama Perdana Menteri bincang agenda pembangunan negeri dan ada dua pembentangan iaitu Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) (iaitu) tentang kedudukan perumahan awam.

“Pembentangan kedua oleh Kementerian Kewangan dibentangkan sendiri Anwar kerana lantikan baharu Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) belum dibuat. Anwar bukan bentang pasal angka, tapi bersyarah,” katanya pada program Malam Penghayatan Nuzul Quran di Kompleks PAS Kedah di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata dalam ceramah di Sungai Besar itu beliau tidak langsung menyentuh mengenai kandungan pembentangan mesyuarat itu kerana maklum ia sulit sebaliknya hanya menyebut mengenai siapa yang membentangkan dalam mesyuarat itu.

Katanya, berikutan itu, beliau dituduh membocorkan rahsia kerajaan sehingga dilarang menyertai sebarang program kerajaan Persekutuan.

“Kerana saya cerita Anwar Ibrahim sendiri bentang kertas dia (Kementerian Kewangan) jadi kata saya bocor rahsia. Rahsia apa itu? kandungan kertas pembentangan itu yang sulit.

Loading...

“Apabila keluar arahan Kabinet (menghalang beliau daripada menghadiri majlis kerajaan Persekutuan), sampai ke semua agensi dapat arahan sama daripada Kabinet.

“Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dapat arahan sama, MADA ada di Kedah tapi saya tak boleh hadir program MADA. Mereka tak sesuai jadi kerajaan kerana balik cara 60-an gaya pecah dan perintah,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Perikatan Nasional (PN) Kedah menegaskan, pihaknya tidak akan mengambil langkah sama dilakukan kerajaan Persekutuan ke atasnya.

“Mereka hendak buat LIMA 23 di tempat kita, air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, jadi saya sudah arahkan semua infrastruktur berada dalam keadaan paling baik sepanjang LIMA 23 berlangsung.

“Semua agensi kerajaan Persekutuan yang mahu mengadakan program di Kedah akan dilayan baik dan sentiasa dialu-alukan kehadiran mereka ke negeri ini,” katanya.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...