
اخيرڽ، ساتو ڤر ساتو ڤميمڤين باريسن ناسيونل مڠاكو كڽاتأن زاهيد تق بتول
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Selama ini, TTF menegaskan bahawa Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO yang dikawal ketat oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mewakili aspirasi majoriti pemimpin bahagian, ahli parlimen dan akar umbi UMNO.
Kini, pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional sudah mula menyuarakan rasa terkilan mereka terhadap Zahid secara terbuka, bermula dengan Presiden MIC SA Vigneswaran yang mendakwa, Zahid membuat kenyataan tidak tepat berhubung titah Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup pula berkata: “Dewan Tertinggi BN tidak setuju berhubung kenyataan media yang dikeluarkan (oleh presiden Umno).”
Vigneswaran sebaliknya berkata bahawa mesyuarat BN pada Rabu lalu mengambil ketetapan untuk tidak membuat sebarang andaian berhubung titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai sidang parlimen.
PETALING JAYA: Selama ini, TTF menegaskan bahawa Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO yang dikawal ketat oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mewakili aspirasi majoriti pemimpin bahagian, ahli parlimen dan akar umbi UMNO.
TTF turut menegaskan bahawa Zahid membuat kenyataan-kenyataan palsu yang bercanggah dengan keputusan majoriti UMNO, sekaligus memperlekeh pengaruh ketua-ketua bahagian dan cawangan dalam parti (bawah).
Baca pendedahan penuh di sini:
Terbongkar lagi, kali ini bagaimana Zahid tipu majoriti pemimpin UMNO
Kini, pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional sudah mula menyuarakan rasa terkilan mereka terhadap Zahid secara terbuka, bermula dengan Presiden MIC SA Vigneswaran yang mendakwa, Zahid membuat kenyataan tidak tepat berhubung titah Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Vigneswaran, kenyataan Zahid yang mendakwa Barisan Nasional merayu kepada Yang di-Pertuan Agong agar menitahkan supaya sidang parlimen diadakan segera tidak pernah dipersetujui oleh gabungan itu.
“Saya sahkan apa dikatakan oleh Viki (Vigneswaran) adalah betul,” kata Presiden MCA, Wee Ka Siong sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Timbalan Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup pula berkata: “Dewan Tertinggi BN tidak setuju berhubung kenyataan media yang dikeluarkan (oleh presiden Umno).”
Vigneswaran sebaliknya berkata bahawa mesyuarat BN pada Rabu lalu mengambil ketetapan untuk tidak membuat sebarang andaian berhubung titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai sidang parlimen.
“Saya terkejut dengan kenyataan pengerusi BN. Mesyuarat BN tidak pernah menyokong sebarang keputusan untuk merayu Seri Paduka agar menitahkan mengadakan parlimen dengan segera,” katanya kepada Malaysiakini, pagi.
Semalam, TTF menulis:
Menteri-menteri UMNO terlibat sama dalam mesyuarat kabinet yang memutuskan untuk menangguhkan sidang parlimen sehingga 1hb Ogos 2021.
Menurut sumber dalaman, keputusan ini merupakan keputusan “sebulat suara” dan disokong juga oleh seorang dua menteri UMNO yang dikatakan “pro-Najib dan pro-Zahid.”
Jadi buat apa ahli MKT menyindir Takiyuddin sedangkan UMNO sendiri terlibat dalam keputusan untuk menangguhkan sidang parlimen?
Ini sebenarnya merujuk kepada seorang ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO (diketahui “orang Najib”) yang secara sinis mengulas kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung penangguhan sidang parlimen hingga 1hb Ogos depan.
Zahid cuba membeli masa apabila mengarahkan MKT UMNO untuk memberitahu Muhyiddin bahawa UMNO akan hanya bersama PPBM sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.
Zahid dikatakan berbuat demikian dengan harapan Muhyiddin akan masuk “perjanjian peralihan kuasa” dan bersetuju mengagihkan lebih banyak kerusi kepada UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.
Kedua-dua Zahid dan Najib bercadang menggunakan ‘perjanjian’ ini untuk meyakinkan semua ketua bahagian dan ahli parlimen UMNO untuk bersatu menentang “blok kuasa ketiga pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad” menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.
Tetapi bukan hanya Muhyiddin tidak memasuki apa-apa perjanjian, keputusan MKT yang disalurkan kepadanya tidak bertepatan dengan keputusan majoriti pemimpin bahagian yang inginkan UMNO menarik terus sokongan daripada PPBM berkuat-kuasa serta merta.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
There is a Mexican Standoff, and what happens next will change Malaysian politics forever
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
