
“Tanpa disedari, timbalan presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengaku bahawa Barisan Nasional terlibat dalam ‘rampasan’ kerajaan menerusi pintu belakang”
Raggie Jessy Rithaudeen
مت حسن مڠاكو بن ءرامڤاسء كراجأن منروسي ڤينتو بلاكڠ
Tanpa disedari, timbalan presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengaku bahawa Barisan Nasional terlibat dalam ‘rampasan’ kerajaan menerusi pintu belakang.
Dalam satu kenyataan, Mohamad, yang lebih dikenali dengan gelaran Tok Mat, berkata pilihan raya umum ke-15 harus diadakan segera kerana keabsahan kerajaan pemerintah kini terus dipersoal kerana ia tidak terbentuk melalui kemenangan pilihan raya.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Jangan terus berdolak dalih. Malaysia tidak pernah ditadbir oleh kerajaan yang tidak terbentuk melalui pilihan raya yang demokratik.
“Sampai bila kita mahu terus bergantung dengan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dan memorandum persefahaman (MOU) untuk mengurus kestabilan negara ini?
TONTON: UMNO BERGOLAK, NAJIB DILONDEH
“Sejak bila kelangsungan serta keabsahan kita sebagai pemerintah bergantung pada ihsan dan simpati parti lain? Sampai bila,” soalnya.
Bukankah ini serupa dengan berkata, Malaysia kini ditadbir oleh gabungan yang terlibat dalam ‘rampasan’ kerajaan menerusi pintu belakang?
Menurut Tok Mat, MoU yang ditandatangani antara Pakatan Harapan dan kerajaan tidak mampu menjamin kestabilan politik.
Namun, beliau lupa memberitahu bahawa Barisan Nasional mencetus dua pilihan raya negeri sementara MoU tersebut masih hidup.
Hujung tahun lalu, pilihan raya Negeri Melaka dicetuskan apabila dua ADUN Barisan Nasional bersekongkol dengan dua lagi ADUN Pakatan Harapan untuk menumbangkan kerajaan negeri.
Awal tahun ini pula, Menteri Besar Johor mencetuskan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor berbekalkan alasan kononnya kerajaan Barisan Nasional perlu majoriti lebih besar untuk elak mentadbir atas ehsan sokongan pembangkang.
Kedua-dua pilihan raya ini tidak ditentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri biarpun MoU yang ditandatangani antara Patatán Harapan dan kerajaan bertujuan mengelakkan pilihan raya selagi krisis kesihatan masih belum ditangani sepenuhnya.
Malah, Pakatan Harapan menyokong pembubaran DUN Melaka apabila pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memuji-muji empat ADUN yang terlibat dalam komplot menumbangkan kerajaan negeri.
Di manakah Tok Mat pada ketika itu?
Kenapa hanya sekarang beliau terfikir untuk mengenepikan MoU, walhal, beliau sepatutunya sedar di Melaka lagi bahawa MoU tersebut “hilang makna” dan seharusnya dimansuhkan?
Kenapa tidak berbunyi pada ketika itu agar pilihan raya negeri dan umum dapat diadakan serentak dan tidak berlaku pembaziran berjuta-juta ringgit wang rakyat?
WAJIB TONTON:
