Akhirnya kebenaran isu Pulau Batu Puteh terbongkar, Tun berpegang pada prinsip

“Muktamad adalah muktamad. Jika sebuah negara tidak hormati janji, tidak ada negara lain yang akan buat perjanjian dengan negara berkenaan. Ia menjadi negara pariah” – Mahathir. Sumber (gambar): Fail TTF

“Berdasarkan janji Malaysia dan Singapura kepada ICJ sepertimana yang dimaklumkan oleh ICJ sendiri, keputusan berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh wajib diterima sebagai akhir dan mengikat kedua-dua pihak”

Raggie Jessy Rithaudeen

اخيرڽ كبنرن ايسو ڤولاو باتو ڤوته تربوڠكر، تون برڤڬڠ ڤد ڤرينسيڤ

Saya sudah lama mengesyaki bahawa isu Pulau Batu Puteh sengaja ditimbulkan, mungkin untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalan blok kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Rupa-rupanya, pihak yang cuba memburukkan Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja menyelindungi fakta bahawa Malaysia dan Singapura berjanji untuk terima apa jua keputusan ICJ berhubung pemilikan Pulau Batu Putih, dan sebab itulah Malaysia tidak membuat tuntutan lanjut setelah ICJ membuat keputusan.

Berikut merupakan kenyataan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung perjanjian tersebut;




“Pada 24 Julai 2003, Malaysia dan Singapura bersama-sama memaklumkan perselisihan di antara mereka melalui pemberitahuan mengenai Perjanjian Khas yang ditandatangani pada 6 Februari 2003 dan yang berkuatkuasa pada 9 Mei 2003. Berdasarkan syarat-syarat Perjanjian Khas itu, Pihak terbabit meminta Mahkamah untuk “menentukan kedaulatan atas: (a) Pedra Branca / Pulau Batu Puteh; (b) Batu Tengah; dan (c) South Ledge milik Malaysia atau Republik Singapura ”. Mereka telah bersetuju terlebih dahulu “untuk menerima Penghakiman Mahkamah. . . sebagai akhir dan mengikat mereka .”

(On 24 July 2003, Malaysia and Singapore jointly seised the Court of a dispute between them by notification of a Special Agreement signed on 6 February 2003 and which entered into force on 9 May 2003. Under the terms of that Special Agreement, the Parties requested the Court to “determine whether sovereignty over: (a) Pedra Branca/Pulau Batu Puteh; (b) Middle Rocks; and (c) South Ledge belongs to Malaysia or the Republic of Singapore”. They agreed in advance “to accept the Judgment of the Court . . . as final and binding upon them.”)

Kemudian, pada tahun 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membuat keputusan untuk menyerahkan kedaulatan ke atas Batu Puteh, atau Pedra Branca kepada Singapura.

Berdasarkan janji Malaysia dan Singapura kepada ICJ sepertimana yang dimaklumkan oleh ICJ sendiri, keputusan itu wajib diterima sebagai akhir dan mengikat kedua-dua pihak.

Maknanya, Mahathir seorang negarawan terbilang kerana berpegang kepada janji, dan kerajaan sedang membuang masa dan wang rakyat untuk meneliti semula kes ini.

“Rujukan kepada ICJ hanya akan diterima oleh ICJ jika perjanjian menerima tanpa soal dan keputusannya dihormati. Negara yang bermaruah mesti hormati janji. Hanya negara yang tidak bermaruah yang akan mungkir janji.

“Muktamad adalah muktamad. Jika sebuah negara tidak hormati janji, tidak ada negara lain yang akan buat perjanjian dengan negara berkenaan. Ia menjadi negara pariah,” katanya.

Loading...

Saya bersetuju dengan peguam Mohammad Rafique bahawa penubuhan sebuah pasukan petugas khas isu Pulau Batu Puteh tidak dilihat untuk tujuan semakan semula undang-undang sebaliknya mempunyai tujuan untuk terus menyalahkan dan menuding jari ke atas Mahathir.

WAJIB BACA:

Khairy dicabar debat kenyataan bongkak ‘kita akan susahkan hidup anda’

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...