
“Saya pernah mendedahkan bahawa Zahid akan menarik keputusan isu pengunduran UMNO dari blok kerajaan sehingga hujung bulan April dan akan terus cuba mencari jalan menarik keputusan itu sehingga parlimen dibubarkan”
Raggie Jessy Rithaudeen
اكر اومبي دتيڤو لاڬي، زاهيد سهكن امنو سوكوڠ كراجأن سهيڠڬ اوڬوس – كن ده كات؟
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Sebentar tadi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, mengesahkan parti itu kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Ogos nanti.
Menurut laporan, Tajuddin berkata, ianya tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kerana sudahpun diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada Mac lalu.
Ini satu penipuan.
Hakikatnya, para perwakilan PAU memberi Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi mandat untuk memutuskan bila UMNO akan keluar dari kerajaan setelah Zahid terpaksa tunduk pada kehendak akar umbi dan perwakilan susulan perdebatan dan ucapan pedas oleh pelbagai pihak yang diselindungi dari media dan tidak disiarkan di portal rasmi UMNO.
Ini bermakna, mesyuarat MKT hari ini sepatutnya menetapkan tarikh pengunduran itu yang ditunggu-tunggu oleh semua pemimpin bahagian, cawangan dan akar umbi UMNO.
Pada 30hb Mac 2020, saya menulis:
Memandangkan perhimpunan agung UMNO berakhir dan tiada ada lagi alasan atau jalan bagi Zahid untuk membeli lebih banyak masa, andai kata beliau tiba-tiba mengumumkan UMNO bersedia menunggu hingga Mei, Jun, Julai atau Ogos, sesuatu akan berlaku.
Desakan dalaman untuk Zahid meletakkan jawatan dan mengadakan pemilihan UMNO sebenarnya sudah bermula, dan jika desakan itu diketepikan, akan berlaku usaha untuk mengadakan EGM dalam masa terdekat.
BACA PEMBONGKARAN PENUH DI SINI
Semalam pula, saya menulis:
Zahid tetap berdegil bahawa Muhyiddin akan berunding dengannya dan ingin membeli masa tambahan agar UMNO boleh kekal dalam kerajaan buat sementara waktu.
Tetapi orang-orang Zahid dalam MKT khuatir bahawa langkah itu akan memarahkan lagi akar umbi dan majoriti pemimpin bahagian yang sudah pasti akan mencetuskan EGM bagi mengusulkan penyingkiran Zahid.
Justeru, untuk meyakinkan akar umbi UMNO, orang-orangnya sendiri dan kepimpinan bahagian bahawa beliau sedang berusaha ‘membersihkan’ UMNO dari gejala pro-Muhyiddin dan pro-PPBM, Zahid memecat Shahidan Kassim sebagai pengerusi UMNO Perlis.
Dengan cara ini, Zahid berharap dapat menenteramkan kepimpinan bahagian dan akar umbi UMNO agar beliau boleh membeli masa sebulan dua lagi atau sehingga parlimen dibubarkan sebelum memutuskan isu pengunduran UMNO.
Ya, dalam mesyuarat MKT esok, jangan harap Zahid akan bersetuju untuk menarik sokongan UMNO dari kerajaan berkuat kuasa serta merta melainkan beliau ditentang oleh orang-orangnya sendiri dan dipaksa mengumumkan pengunduran UMNO.
Dan jangan lupa, saya pernah mendedahkan bahawa Zahid akan menarik keputusan isu pengunduran UMNO dari blok kerajaan sehingga hujung bulan April dan akan terus cuba mencari jalan menarik keputusan itu sehingga parlimen dibubarkan.
BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI
Kan dah kata?
WAJIB BACA:
KANTOI: TAKTIK TERDESAK RACUNI PEMIKIRAN PENYOKONG MAHATHIR TERBONGKAR [VIDEO]
