‘Ahli PKR timbulkan keriuhan di pejabat DAP seperti samseng UMNO’

Ahli akar umbi PKR yang membuat bantahan di luar pusat khidmat Adun Bilut Lee Chin Cheh. Sumber (gambar): Malaysiakini

‘اهلي ڤقر تيمبولكن كرياوهن د ڤجابت دڤ سڤرتي سمسڠ امنوء

Naib Ketua Pemuda DAP Pahang Chris Shan mengibaratkan ahli PKR yang membuat bantahan di luar pusat khidmat DAP seperti “samseng Umno”.

Perumpamaan itu dibuatnya ketika merujuk tindakan sekumpulan ahli akar umbi PKR yang membuat bantahan di luar pusat khidmat Adun Bilut Lee Chin Cheh semalam berhubung gesaannya supaya presiden PKR Anwar Ibrahim berundur sebagai pengerusi Pakatan Harapan.

“Jika PKR Pahang tidak bersetuju dengan kenyataan YB Lee, maka mereka boleh menyangkal dan mengemukakan bukti untuk menunjukan tuduhan itu salah, dan bukannya membuat keriuhan secara besar-besaran seperti samseng,” katanya dalam satu kenyataan.

Lee mempersalahkan Anwar berhubung prestasi hambar PH pada pilihan raya

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya terhadap wakil-wakil PKR Pahang yang membawa keriuhan di Pejabat Adun Kawasan Bilut pada petang semalam.

“Keriuhan ini kelihatan tiada beza dengan perangai samseng Umno.

“Jika PKR Pahang tidak bersetuju dengan kenyataan YB Lee, maka mereka boleh menyangkal dan mengemukakan bukti untuk menunjukan tuduhan itu salah, dan bukannya membuat keriuhan secara besar-besaran seperti samseng,” katanya dalam satu kenyataan.

Lee mempersalahkan Anwar berhubung prestasi hambar PH pada pilihan raya

Melaka dan mempersoalkan keputusannya menerima pembelot Umno sebagai calon PH.

“Anwar merupakan mangsa budaya katak, tetapi kini PKR Pahang mempertahankan budaya katak demi melindunginya.

“Tingkah laku wakil-wakil itu telah menunjukkan PKR Pahang bersetuju dengan budaya katak,” katanya.

Loading...

Shan berkata PKR sepatutnya mengkaji semula punca kekalahan mereka di Melaka dan bukannya menghabiskan masa untuk program keriuhan itu.

Dia menegaskan bahawa Pemuda DAP Pahang akan terus menyokong Lee dan keputusan untuk tidak menarik balik gesaannya.

Sumber:

WAJIB BACA:

100 HARI BERSAMA ISMAIL SABRI MASIH GAGAL

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...