
اهلي ڤرليمين: ادكه محي الدين لڠڬر سوڤ كوارنتين؟
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Persoalan ditimbulkan samada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mematuhi SOP kuarantin yang ditetapkan sekembali beliau dari menamatkan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
Menurut laporan, ketibaannya di lapangan terbang didakwa telah disambut oleh sekumpulan pegawai kerajaan, sekaligus menimbulkan persoalan samada pegawai-pegawai ini akan diwajibkan menjalani kuarantin tiga hari.
“Berdasarkan SOP semasa, setelah kembali dari luar negara, seseorang harus dikuarantin sekurang-kurangnya 10 hari.
“Walaupun (Menteri Kesihatan) Dr Adham Baba mendakwa tiga hari sudah cukup untuk menteri (dikuarantin), ketika PM tiba di Malaysia dia perlu diasingkan.
“Sekarang semua orang yang mempunyai kontak rapat dengannya di lapangan terbang secara teknikal juga harus dikuarantin dan dianggap sebagai individu dalam pengawasan (PUS),” kata ahli parlimen DAP Dr Kelvin Yii dalam satu hantaran di Facebook.
PETALING JAYA: Persoalan ditimbulkan samada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mematuhi SOP kuarantin yang ditetapkan sekembali beliau dari menamatkan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
Menurut laporan, ketibaannya di lapangan terbang didakwa telah disambut oleh sekumpulan pegawai kerajaan, sekaligus menimbulkan persoalan samada pegawai-pegawai ini akan diwajibkan menjalani kuarantin tiga hari.
Mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk mengekang penularan Covid-19, mereka yang kembali dari luar negara harus menjalani kaurantin wajib selama 10 hari.
Bagaimanapun, pengecualian diberikan untuk menteri yang kembali dari lawatan rasmi di mana mereka hanya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik ahli politik PPBM di media sosial, termasuk Menteri Kanan Azmin Ali, Muhyiddin dan isterinya tiba di lapangan terbang dan menerima sambutan yang turut disertai Azmin dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.
Turut dilihat dalam gambar ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Naib Presiden Bersatu Rafiq Naizamohideen dan Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin.
Beberapa lelaki berpakaian seragam menyerupai tentera udara juga kelihatan dalam gambar-gambar itu.
“Berdasarkan SOP semasa, setelah kembali dari luar negara, seseorang harus dikuarantin sekurang-kurangnya 10 hari.
“Walaupun (Menteri Kesihatan) Dr Adham Baba mendakwa tiga hari sudah cukup untuk menteri (dikuarantin), ketika PM tiba di Malaysia dia perlu diasingkan.
“Sekarang semua orang yang mempunyai kontak rapat dengannya di lapangan terbang secara teknikal juga harus dikuarantin dan dianggap sebagai individu dalam pengawasan (PUS),” kata ahli parlimen DAP Dr Kelvin Yii dalam satu hantaran di Facebook.
Anggota Parlimen Kuching itu berkata, inilah salah satu sebab rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan, yang didakwanya berat sebelah dalam soal pelaksanaan SOP.
Dia turut merujuk kepada pindaan undang-undang baru-baru ini yang memberi kuasa kepada penguat kuasa untuk mengeluarkan denda RM10,000 ke atas individu melanggar SOP.
“Tetapi saya rasa semua peraturan ini tidak terpakai kepada menteri PN. Mereka seolah-olah dapat melanggar peraturan sesuka hati, sementara yang lain dikenakan denda hingga RM10,000.
“Inilah sebabnya orang marah. Bukan kerana mereka tidak mahu patuh SOP, tetapi kerana seperti ada dwi standard dalam pelaksanaannya,” tambah Yii
Bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad juga membangkitkan isu sama mengenai dwi standard dan mendesak kerajaan untuk menamatkan darurat agar Parlimen dapat bersidang semula.
“PM setelah kembali, mesti memimpin dengan teladan. (Setakat) semalam 330 orang dijatuhkan hukuman denda RM10,000, namun PM di sana melanggar peraturan yang dia luluskan. Kita tidak boleh terus ada dwi standard iaitu satu untuk VVlP dan satu lagi untuk rakyat.
“Bukankah seharusnya semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara diasingkan selama 10 hari? Dwi standard ini menunjukkan Ordinan Darurat mesti ditamatkan supaya Parlimen dapat menjadikan PM bertanggungjawab terhadap masalah ini.
“Kegagalan dasar kesihatan awam secara khusus disebabkan oleh tadbir urus yang buruk,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu lagi.
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini
