“Razlan ‘menembak kaki sendiri’ apabila memfitnah Mahathir, kerana secara tidak langsung, Razlan ‘mengesahkan’ bahawa saksi pendakwaan sememangnya bercakap benar dan sememangnya terlibat dalam pembayaran sogokkan”
Raggie Jessy Rithaudeen
اهلي مقت امنو چوبا فتنه محضير، نامون ترسيلڤ ‘سهكن’ اكتيۏيتي مراسوه باوه زاهيد
Gara-gara ‘memperjuangkan maruah’ seorang ahli Kluster Mahkamah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii, mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Hari ini terbukti sudah kamu melepaskan Muhyiddin daripada didakwa kerana beliau adalah sekutu kamu, bukan keadilan yang dicari, tapi dendam yang menjadi keutamaan (terhadap Umno),” katanya dalam kenyataan.
Namun, kenyataan Razlan bukannya bersandar kepada sebarang bukti atau penglibatan peribadinya dalam hal-hal berkaitan kes rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Sebaliknya, ia bersandar sepenuhnya kepada dakwaan seorang saksi di Mahkamah Tinggi, kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima dana daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).
Dakwaan ini diketengahkan oleh bekas pengurus pentadbiran UKSB, David Tan, yang memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan Zahid bahawa Muhyiddin antara pemimpin kerajaan yang menerima wang daripada syarikat itu.
Menurut Tan, Muhyiddin menerima RM1.3 juta daripada UKSB antara Jun dan Ogos 2018.
Razlan seolah-olah tidak tahu bahawa ini hanyalah keterangan seorang saksi dalam perbicaraan kes jenayah, bukannya mukadimah kes atau sesuatu yang sudah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi sebagai sah.
Justeru, jika ada mana-mana pihak ingin membincangkan dakwaan saksi itu di ‘Mahkamah Media Sosial’, seeloknya, pihak berkenaan menghubungi Mahathir terlebih dahulu untuk mendapatkan reaksinya dan mengambil kira penafian Muhyiddin di media semalam.
Langkah seterusnya adalah untuk mendesak Muhyiddin menawarkan dirinya sendiri sebagai saksi Mahkamah, bukannya memutuskan bahawa Mahathir melindungi Muhyiddin di ‘Mahkamah Media Sosial’.
Tetapi Razlan tidak berbuat demikian.
Sebaliknya, beliau ‘menembak kaki sendiri’ apabila memfitnah Mahathir, kerana secara tidak langsung, Razlan ‘mengesahkan’ bahawa saksi pendakwaan ‘sememangnya bercakap benar’ dan sememangnya terlibat dalam pembayaran sogokkan.
Bukankah ini satu pengesahan oleh seorang ahli MKT UMNO, bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), yang mendapat kelulusan Zahid dan didakwa terlibat dalam aktiviti merasuah Zahid, sah terlibat dalam aktiviti sedemikian?
Atau adakah Razlan kurang cerdik?
