
Mohamed Haniff Khatri Abdulla
اڬوڠ تولق ڤنداڤت ڤڬوام نڬارا & كلواركن تيته سچارا لڠسوڠ كڤد سڤيكر ڤرليمين
1. Isu KEPERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG dalam tadbir urus negara adalah tonggak sisten Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan oleh negara Malaysia yang merdeka.
2. Kuasa-kuasa KeBawah Duli YDP AGONG di bawah PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN mestilah dijunjung dan disokong oleh kesemua pihak dalam Kerajaan, dan kesemua yang terlibat dalam sistem tadbir urus negara, mahupun keseluruhan masyarakat umum, dan TIDAK BOLEH dipolitikkan!
3. Hatta, kesemua pihak yang sejak beberapa minggu lalu berbalah pendapat berkaitan kuasa khusus KeBawah Duli YDP AGONG pada masa dan tempoh pelaksanaan DARURAT, wajar terima hakikat bahawa:
“KeBawah Duli YDP AGONG sememangnya TAHU dan FAHAM akan kuasa yang ada di tangan KeBawah Duli YDP AGONG, SECARA KHUSUSNYA semasa negara berada dalam DARURAT”!!
4. Walaupun Peguam Negara TS IDRUS HARUN telah melalui Kenyataan Rasmi beliau berpendapat bahawa dalam setiap keadaan, mana-mana kuasa dan tanggungjawab KeBawah Duli YDP AGONG, kononnya masih tertakluk kepada “nasihat Perdana Menteri ataupun Jemaah Negeri”, namun kekhilafan pandangan Peguam Negara berkaitan isu ini telah dijelaskan melalui penulisan dan wawancara terdahulu, oleh pelbagai pihak, termasuk diri saya.
(Link Laporan : https://www.nst.com.my/news/politics/2021/06/702251/ag-cabinet-decide-when-parliament-can-reconvene)
5. Apa yang penting adalah KeBawah Duli YDP AGONG sendiri telah kini dalam pandangan perundangan jujur saya, berpendapat bahawa kuasa yang ada pada Baginda Tuanku TIDAK DIFAHAMI mahupun TIDAK MAHU DIFAHAMI oleh kesemua pihak dalam Kerajaan dan sistem tadbir urus negara, yang cuba mencari helah dan berdolak-dalih dalam melengahkan pematuhan kepada TITAH PENJELASAN bertarikh 24.02.2021 dan TITAH PEMATUHAN bertarikh 16.06.2021, dan oleh yang demikian KeBawah Duli YDP AGONG telah menTITAHkan Speaker kedua-dua Dewan Parlimen untuk hadir mengadap Baginda Tuanku pada hari semalam, 29.06.2021, nescaya melalui mana terbitlah TITAH bertarikh 29.06.2021 secara terus dan langsung kepada kedua-dua Speaker Parlimen terbabit untuk mempercepatkan persidangan PARLIMEN sebelum 01.08.2021 seperti yang tertera dalam KENYATAAN MEDIA BERSAMA oleh kedua-dua Speaker berkaitan bertarikh hari ini, 30.06.2021, yang dimuat naik di Ruang Bawah.
(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/581115)
6. Sebagai rumusan, saya sebagai seorang pengamal undang-undang dan Rakyat Malaysia memberi SARANAN tegas kepada kesemua mereka dalam sistem tadbir urus negara sekarang ini, iaitu termasuk dan tidak terhad kepada Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN. kesemua Ahli Jemaah Menteri, Peguam Negara TS IDRUS HARUN dan kedua-dua Speaker Parlimen iaitu TS RAIS YATIM dan DATUK AZHAR HARUN, untuk melaksankan tanggungjawab masing-masing dalam melancarkan pengadaan persidangan PARLIMEN sebelum 01.08.2021 seperti TITAH KeBawah Duli YDP AGONG bertarikh 29.06.2021!!
7. Janganlah kesemua anda yang terlibat dalam sistem tadbir urus negara yang dirujuk di Perenggan 6 di atas, berterusan KHIANAT dan DERHAKA kepada TITAH KeBawah Duli YDP AGONG yang sah di bawah PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, sehinggakan kesemua anda DISELAR dan DICEMUH Rakyat Malaysia sebagai PENGKHIANAT dan PENDERHAKA, kelak.
BERANI KERANA BENAR!!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!
WAJIB BACA:
