UNTUK PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Raggie Jessy Rithaudeen
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari, tersilap dedahkan bahawa keputusannya untuk menyokong Menteri Besar Selangor berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Perkara ini jelas apabila Abdul Rashid mendakwa Bersatu tidak mempedulikan hujahnya berhubung pengagihan kerusi negeri Selangor sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut Abdul Rashid, episod berkenaan menyebabkan beliau rasa terpinggir.
“Semasa PRU15, satu perjanjian telah dibuat antara Bersatu, Pas dan Gerakan di mana dalam perjanjian bertulis itu telah bersetuju kerusi Parlimen Kapar diagihkan kepada Bersatu.
“Bagaimanapun semasa mesyuarat akhir penentuan agihan kerusi Selangor, Kapar telah diambil Pas tanpa mengendahkan perjanjian yang telah dibuat sebelum ini disebabkan adanya percaturan politik yang tidak sepatutnya dilakukan.
“Dalam mesyuarat tersebut, tiada sesiapa pun pedulikan hujah saya dan mereka mengambil keputusan drastik tanpa memikirkan bahawa Bersatu sepatutnya diberikan peluang untuk bertanding di Kapar,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Shah Alam.
Namun, dalam berkata demikian, Abdul Rashid telah “menembak kaki sendiri,” kerana Bersatu kini ada hujah kukuh untuk menuntut agar beliau mengosongkan kerusinya di Dewan Undangan Negeri Selangor sekiranya RoS meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu.
Ini memandangkan Abdul Rashid telah mengaku, secara tidak langsung, bahawa keputusannya untuk menyokong Menteri Bersar Selangor tiada kaitan dengan keyakinannya terhadap kepimpinan Amirudin Shari.
Sebaliknya, tindakan Abdul Rashid adalah semata-mata untuk mementang Bersatu atas rasa tidak puas hati terhadp kepimpinan parti itu.
Maknanya, pertimbangan Abdul Rashid dalam membuat keputusan bersifat kepartian semata-mata dan tiada kena mengena dengan undang-undang tubuh Selangor, yang sememangnya buta parti dalam hal-hal berkaitan sokongan terhadap Menteri Besar.
Justeru, jika keahlian Abdul Rashid dalam Bersatu tergugur disebabkan melanggar dasar parti sebagai ADUN, Bersatu tidak boleh dituduh ‘menidakkan’ hak berperlembagaan Abdul Rashid untuk sokong atau tidak Menteri Besar Selangor sekiranya parti itu menuntut kerusi DUN Selat Klang dikosongkan.
BERSAMBUNG … KLIK DI SINI
