Ada Zahid berani kunci mulut Lokman Adam?

Bagaimanakah kenyataan seorang ahli MKT dengan mudah diketepikan sebagai ‘pendapat peribadi’, sedangkan Lokman membuat kenyataan itu dalam satu termuramah di mana beliau diiktiraf sebagai “ahli MKT?”

Raggie Jessy Rithaudeen

اد زاهيد براني كونچي مولوت لقمان آدم؟

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata, seharusnya tidak ada pemimpin parti membangkitkan isu dalam situasi yang dianggapnya ‘genting’ sekarang ini.

Menurut Zahid, jika ada pemimpin ataupun ahli yang mengeluarkan kenyataan tidak seiring pendirian parti membentuk Kerajaan Perpaduan, beliau tidak mengalu-alukan kenyataan terbabit.




“Pada hemat saya kita tidak perlu melayani pendapat individu walaupun ia berbeza, tetapi parti tidak memperaku pendapat yang berbeza itu.

“Kita memang pendirian rasmi kepimpinan utama tiap-tiap yang berada dalam BN dan juga parti ada dalam PH,” katanya.

Zahid mengulas kenyataan sayap pemuda MCA yang mahu pulaukan kempen Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri kerana kenyataan Lokman Adam bahawa MCA dan MIC bagaikan “biawak hidup” dalam gabungan itu.

Persoalannya, bukankah Lokman ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO?

Bagaimanakah kenyataan seorang ahli MKT dengan mudah diketepikan sebagai ‘pendapat peribadi’, sedangkan Lokman membuat kenyataan itu dalam satu termuramah di mana beliau diiktiraf sebagai “ahli MKT?”

Lebih pelik lagi apabila Zahid mengambil masa tiga hari untuk memberi reaksi walaupun timbul kontroversi dan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin MCA dan MIC.

Jika benar kenyataan Lokman tidak dialukan, Zahid seharusnya dari awal lagi sudah menuntut permohonan maaf daripadanya.

Loading...

Namun, bukan hanya Zahid berdiam diri, layanan beliau terhadap Lokman amat berbeza dengan layanan terhadap beberapa pemimpin lain yang sebelum ini dipecat atau digantung dari UMNO, kononnya kerana melanggar pendirian parti.

Jika benar dakwaan Zahid bahawa kenyataan Lokman bercanggah dengan pendirian parti, kenapakah Lokman tidak dipecat atau digantung?

#PMX #Anwar #Zahid #PRN #LokmanAdam



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...