Ada sesuatu yang bahaya berlaku, Raja-Raja perlu ambil maklum…

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sumber (gambar): Fail TTF

“Kegagalan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara untuk memperbetulkan persepsi palsu yang ditimbulkan oleh Apandi Ali dan Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad amat berbahaya dan mampu mencemar maruah Raja-Raja Melayu”

Raggie Jessy Rithaudeen

اد سسواتو يڠ بهاي برلاكو، راج-راج ڤرلو تاهو…

Sertai INSTAGRAM saya di sini

1. Dakwaan bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali dan Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad kononnya Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet kurang tepat.

2. Ini kerana, perkara-perkara tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan tidak lagi memberi tafsiran jitu berhubung kuasa-kuasa Yang Di-Pertuan Agong di bawah Darurat yang dikuatkuasakan pada 12hb Januari 2021.




3. Di bawah Darurat ini, Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak untuk, antaralain, membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

4. Yang Di-Pertuan Agong turut mempunyai kuasa untuk memanggil Perdana Menteri dan memintanya untuk meletak jawatan sebelum melantik Perdana Menteri baharu atau menubuhkan Majlis Pemulihan Negara jika difikirkan perlu.

5. Selain itu, Yang Di-Pertuan Agong boleh memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai berdasarkan peruntukan Seksyen 14 (1B) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

6. Untuk makluman Apandi Ali dan Tun Abdul Hamid, tidak ada rujukan atau seksyen-seksyen lain dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang perlu dibaca bersama yang membawa maksud kuasa Yang Di-Pertuan Agong sepertimana yang ditetapkan bawah Seksyen 14 (1B) tertakluk kepada nasihat daripada Perdana Menteri.

7. Justeru, selagi Darurat berkuatkuasa, Yang Di-Pertuan Agong tidak perlu menunggu sehingga dinasihatkan oleh Perdana Menteri untuk memanggil sidang parlimen dan boleh menentukan sendiri bila masa yang paling sesuai untuk parlimen bersidang.

8. Banyak lagi kuasa yang ada pada Yang Di-Pertuan Agong dalam tempoh Darurat yang tidak memerlukan Seri Paduka Baginda Tuanku menerima atau mendengar nasihat Perdana Menteri jika tidak difikirkan perlu.

Loading...

9. Malah, menurut Mohamed Haniff Khatri Abdulla, untuk memperolehi Proklamasi Darurat sekalipun, Yang Di-Pertuan Agong tidak tertakluk untuk menerima bulat-bulat nasihat Perdana Menteri.

10. “Jangan kita lupa, pada 25hb Oktober 2020, Baginda Tuanku telah menolak permohonan Darurat pertama kerajaan (yang dibuat) pada 23hb Oktober 2020,” kata Haniff.

11. Menurut Haniff, di bawah Perkara 150 (1), untuk memberikan Proklamasi Darurat, Baginda Tuanku sahaja yang merupakan institusi yang diberi tanggungjawab untuk “berpuas hati.”

12. Maknanya, jika Yang Di-Pertuan Agong tidak berpuas hati dengan nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri, maka nasihat itu boleh ditolak, seperti yang dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku pada 25hb Oktober 2020 berhubung perlunya Proklamasi Darurat.

13. Dan memandangkan kita berada dalam fasa Darurat, perkara-perkara lain di bawah Perlembagaan Persekutuan berkaitan nasihat Perdana Menteri mahupun nasihat Peguam Negara kepada kerajaan yang disampaikan kepada Yang Di-Pertuan Agong tidak semestinya mengikat Seri Paduka Baginda Tuanku menurut peruntukan biasa Perkara 40.

14. Justeru, dakwaan Apandi Ali bahawa Peruntukan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet kurang tepat dalam konteks Darurat yang sedang berjalan.

15. Dalam situasi ini, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara seharusnya bertindak segera memperbetulkan persepsi palsu yang ditimbulkan oleh Apandi Ali dan Tun Abdul Hamid demi memelihara maruah Raja-Raja Melayu di kaca mata rakyat (rujuk video pendek di atas atau klik di sini).

16. Malangnya, Muhyiddin tidak berbuat apa-apa dan terus-menerus menghina Raja-Raja Melayu dengan tidak mengendahkan titah Yang Di-Pertuan Agong, sekaligus menyampaikan mesej buruk kepada rakyat bahawa kerajaan pimpinannya terlalu berkuasa dan boleh melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan maruah Raja-Raja Melayu.

WAJIB BACA: 

‘Ada seorang Ahli parlimen UMNO mengaku tandatangan Akuan Bersumpah depan Zahid dan Anwar’



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...