20 soalan yang tidak mungkin dijawab oleh Anwar, Zahid, PH & BN ketika kempen PRN

Raggie Jessy Rithaudeen

JANJI MANIFESTO DICAPATI, REFORMASI DI REFORBASI

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Berikut merupakan senarai pertama 20 soalan yang tidak mungkin dijawab oleh PH-BN ketika kempen PRN:

1.     Kenapakah kerajaan gagal tangani masalah kos sara hidup yang menggila walaupun sudah lebih enam bulan mentadbir?




2.     Bagaimanakah kos sara hidup boleh melonjak berlipat kali ganda berbanding zaman PN, sedangkan PH dulu menuduh PN gagal mentadbir negara kerana kos sara hidup yang tinggi?

3.     Kenapakah kerajaan gagal tangani masalah kos telur dan ayam seperti yang dijanjikan walaupun sudah lebih enam bulan mentadbir?

TONTON: PH-BN AKAN JADI MANGSA SABOTAJ DAN BOIKOT KEMPEN SENDIRI

4.     Bagaimanakah nilai ringgit boleh susut begitu teruk berbanding zaman PN, sedangkan PH dulu menuduh PN gagal gagal mengurus ekonomi sehingga menjejaskan nilai ringgit?

5.     Kenapakah ramai pelabur terus menerus membawa keluar dana pelaburan daripada negara ini di bawah pentadbiran PH-BN?

6.     Bagaimana pelabur boleh yakin dengan Malaysia sedangkan orang nombor dua kerajaan terpalit skandal perolehan LCS dan berdepan 47 pertuduhan jenayah?

7.     Bagaimana pelabur boleh yakin dengan Malaysia sedangkan kerajaan menyambung kontrak ketua SPRM walaupun parti pemerintah dulu mendakwa ketua SPRM melakukan kesalahan dan perlu ditangkap?

8.     Apa jadi dengan janji bahawa harga minyak akan turun dalam tempoh 24 jam Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri?

Loading...

9.     Apa jadi dengan janji menghapuskan tol?

10.  Apa jadi dengan janji bahawa perdana menteri tidak akan pegang portfolio kementerian lain, khususnya kementerian kewangan?

11.  Apa jadi dengan janji untuk perangi rasuah – bagaimana Anwar boleh memilih seorang yang Anwar sendiri dakwa terpalit skandal LCS sebagai Timbalan Perdana Menteri?

12.  Kenapa tidak pilih orang lain yang tidak berdepan pertuduhan jenayah sebagai Timbalan Perdana Menteri?

13.  Apa jadi dengan janji pemimpin PH untuk menghadapkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke muka pengadilan atas penglibatannya dalam skandal perolehan LCS, sepertimana yang didedahkan berserta bukti hitam putih oleh Rafizi Ramli, yang kini menjawat jawatan menteri ekonomi?

14.  Apa jadi dengan janji untuk perangi nepotisme – bagaimana Anwar boleh biarkan anak sendiri memainkan peranan ‘penasihat Perdana Menteri’?

15.  Bagaimana Anwar boleh berikan lampu hijau kepada menteri kabinet untuk melibatkan ahli keluarga dalam pentadbiran kerajaan?

16.  Apa jadi dengan ikrar Zahid Hamidi, yang dilafazkan atas nama Allah, bahawa UMNO tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP?

17.  Apa jadi dengan janji untuk tidak membenarkan lantikan politik – bukankah lantikan politik kerajaan pimpinan Anwar antara tertinggi dalam sejarah?

18.  Apa jadi dengan janji PH untuk tidak sekali-kali bekerjasama dengan pemimpin Kleptokrat dan Kluster Mahkamah UMNO?

19.  Apa jadi dengan janji PH untuk memperjuangkan kebebasan bersuara dan berhimpun?

20.  Apakah dasar pemulihan ekonomi kerajaan, kenapa dasar ini tidak pernah dipaparkan untuk tatapan para peniaga dan pelabur?

#Anwar #PMX #Zahid #PRN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...