1000 ORANG BUNUH DIRI BARU NAK LETAK JAWATAN? 

Tamrin Tun Ghafar. Sumber (gambar): Fail TTF

Tamrin Tun Ghafar

1000 اورڠ بونوه ديري بارو نق لتق جاوتن؟

1. Berita BUNUH DIRI akibat TEKANAN JIWA ekoran berhadapan dengan masalah ekonomi rumahtangga tidak lagi menjadi berita sensasi seperti sebelum ini

2. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja berita sebegini tersiar di laman-laman web

3. Seolah-olah telah diarah, Stesen Radio dan TV TIDAK menyiarkan berita-berita sebegini; MENGAPA?. TST saja lah!!




4. Difahamkan jumlah yang telah BUNUH DIRI sejak PKP dilaksanakan sudah mencecah lebih 320 orang

5. Dari jumlah itu dikatakan tak kurang 60% terdiri dari orang Islam yang mana ianya JARANG malah TIDAK PERNAH kita dengar berlaku

6. Memang benar mengambil nyawa itu adalah SALAH dari HUKUM ALLAH SWT namun realitinya  mereka TIDAK TAHAN LAGI menghadapi tekanan hidup; bak kata P Ramlee (Al-fatihah):

‘KU  PANDANG KIRI,

KU  PANDANG KANAN,

DI KAU TIADA’

7.  Akibat TIADA DASAR yang baik boleh diterima rakyat, 700, 000 orang sudah hilang pekerjaan, justeru mata pencarian dan begitu juga hampir 100, 000 graduan masih tercari-cari kerja.

Loading...

8.  APA NAK JADI? DAN SIAPA NAK TANGGUNG KELUARGA YANG MALANG INI?

9. Mahiaddin HANYA boleh baca doa seperti yang dipertontonkan di kaca TV dan sekali sekala campakan aiskrim atau gula-gula kepada rakyat miskin dengan harapan mereka akan undi beliau dan juak-juak pada PRU ke 15 nanti

10. Dimaklumkan berbagai syarat perlu dilakukan sebelum sebarang bantuan diberi

11. Sehingga kini Pemandu Teksi masih menunggu-nungu bantuan RM500 seorang yang diumumkan sejak 4 bulan yang lepas.

Bak kata Mat Rempit:

JANJI CAPATI,

BUKAN JANJI DI TEPATI

12. Yang terbaru Raja-Raja Melayu dan Agong sendiri SEBULAT SUARA BERSETUJU bahawa negara AMAT PERLUKAN KERAJAAN YANG STABIL DAN MENDAPAT SOKONGAN  MAJORITI RAKYAT

13. Apakah ayat yang semudah ini pun Mahiaddin masih TAK FAHAM? Rakyat tahu sebenarnya dia MASIH MAHU KEKAL BERKUASA bagi memudahkan rompakan boleh terus dilakukan dan pada masa sama cuba menutup kesalahan yang dilakukan beliau dan ahli keluarga

14. Sehingga sekarang beliau TIDAK BERANI menjawab jauh sekali menyaman saya berhubung skandal seks yang pernah dilakukan dengan Nika Gee

15. Sehingga sekarang juga beliau KECUT menyahut cadangan saya agar beliau berdebat SECARA TERBUKA dengan Tun Dr Mahathir, orang yang dia TIKAM DARI BELAKANG

16. Begitu juga tuduhan yang anak kandung beliau PERNAH MENERIMA sogokan wang 1MDB dari Jho Low

17. KINI RAKYAT MAHU MAHIADDIN YANG GAGAL BERUNDUR ATAU DI PECAT SERTA-MERTA

18.   Kita tunggu dan lihat apakah Agong, di bawah kuasa-kuasa Ordinan Darurat BERANI menggambil tindakan tersebut

19. Jangan sampai rakyat marah sehingga tempiasnya terkena pada Agong dan Raja-Raja Melayu

20. Agong dan Raja-Raja Melayu WAJIB menggambil kira dan memandang serius Gerakan BAJU HITAM atau BENDERA PUTIH yang dilakukan rakyat sekarang ini walaupun ada pula seorang Menteri yang tiba-tiba ‘claim’ kononnya dia juga telah mencadang kan rakyat kibar BENDERA PUTIH untuk mendapat bantuan kerajaan

21. Mungkin Pungutan Suara atau Petisyen dilakukan mendesak Mahiaddin mengundur diri  secara terhormat atau di pecat

22.  APAKAH PERLU MENUNGGU 1000 NYAWA TERBANG SEBELUM MAHIADDIN YANG MABUK KUASA INI BERUNDUR?

22.  Sebagai ingatan kepada Agong dan Raja-Raja Melayu:

JANGAN DI SEBABKAN NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

23.  Rakyat percaya Agong dan Raja-Raja BOLEH MENYELAMATKAN mereka dan negara

Wassalam

Terima Kasih

WAJIB BACA: 

Hanya Mahathir seorang beri jalan penyelesaian khusus



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...